suria

Netizen hukum tanpa tahu cerita sebenar, Eda Ezrin berlapang dada kena fitnah... “Saya dikhianati rakan sendiri”

Eda dakwa dikhianati rakan sendiri.

SELEPAS sembilan bulan menjalani hukuman penjara, penyanyi Eda Ezrin kini terus bangkit membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tempatan. 

Namun, cubaan Eda atau Wan Norshaheeda Azlin Wan, 30, tidaklah semudah disangka kerana dia berdepan kecaman dan tuduhan netizen yang masih mengaitkannya dengan kes mengambil barang terlarang. 

Dakwa Eda, segala tohmahan yang dilemparkan adalah fitnah dan dia hanya menjadi mangsa keadaan kerana dikhianati rakan sendiri. 

Antara kecaman yang dilemparkan netizen di media sosial.

Antara kecaman yang dilemparkan netizen di media sosial.

"Ya saya betul-betul dikhianat. Saya kena lebih berhati-hati dalam berkawan. 

"Saya nak cerita lebih pun tak boleh sebab kes ini masih dalam siasatan pihak atasan. Cuma saya boleh cakap saya memang kena khianat," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Eda memberitahu meskipun menjadi mangsa, dia tetap tenang menghadapi segala kecaman netizen di media sosial. 

ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin belum sedia nyanyi atas pentas, syukur banyak tawaran lepas bebas penjara... Kini lebih hati-hati pilih kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan dalam penjara, Eda Ezrin dah boleh cakap Thai... Rupa-rupanya ada restoran sendiri

"Untuk yang masih menghina atau mengata macam-macam, Alhamdulillah saya terima saja. Mungkin hari ini hari saya, esok mana tahu terkena pada keluarga yang menghina itu. 

"Mereka (netizen) tidak fikir dosa mengata dan fitnah yang saya tidak buat. Semua itu fitnah. Semoga berbalik kepada yang mengata kepada saya tu," ujarnya. 

Mengimbas kembali kehidupannya sebaik dibebaskan dari tahanan, Eda mengakui pada mulanya dia berasa tertekan untuk memulakan hidup baharu tetapi bersyukur dengan hikmah terjadi apabila dikurniakan rezeki lebih baik. 

Semoga berbalik kepada yang mengata kepada saya

EDA EZRIN

PENYANYI 

"Pada mulanya susah juga saya nak mulakan kehidupan baru selepas keluar daripada tahanan. 

"Waktu itu saya betul-betul rasa down, kehilangan semua benda ibarat sehelai sepinggang. 

"Tapi lepas banyak tawaran kerja saya rasa macam dapat semangat baru, Alhamdulillah rezeki sekarang makin mencurah," luahnya.

Eda kini mahu memulakan kehidupan baharu.

Eda kini mahu memulakan kehidupan baharu.

Menurut penyanyi lagu Cinta Setandan Pisang ini lagi, meskipun diuji dengan dugaan sedemikian, namun dia bertuah kerana dikelilingi individu yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan. 

"Sekarang ini saya serahkan kepada Tuhan saja walaupun sedih orang komen macam-macam. Manusia hanya pandai menghukum tanpa tahu cerita sebenar. 

"Alhamdulillah suami, keluarga dan rakan-rakan banyak beri sokongan untuk saya terus kuat. Mereka turut bersimpati atas kes saya kena fitnah," luahnya. 

Pada 6 Ogos, Eda dibebaskan selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand. 

Dia bersama lima rakan lain termasuk suaminya ditahan dengan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November tahun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain