suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Zain, Che Ta sepakat halang Aaisyah berlakon di bangku sekolah

PELAKON Zain Saidin sependapat dengan isterinya, aktres Rozita Che Wan, yang mahu anak perempuan mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran sebelum menceburi bidang seni.

Zain, 42, berkata dia tidak akan menghalang anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana, 12, mengejar minat dalam bidang lakonan atau apa sahaja kerjaya yang diinginkan selepas menamatkan persekolahan.

“Saya bersetuju dengan Che Ta (panggilan Rozita) tidak beri dia (anaknya) berlakon sekarang. Saya mahu dia habiskan sekolah dulu.

Zain dan Che Ta utamakan pendidikan anak.

“Lepas itu kalau dia mahu berlakon, berlakonlah. Bila sudah 18 tahun, nak kahwin pun kahwinlah, suka hati dia. Tetapi habiskan sekolah dulu.

“Nak sambung belajar, sambunglah. Nak jadi tukang sapu sampah pun tak mengapa, tetapi jadilah tukang sapu nombor satu di dunia. Apa pun yang dibuat, buat bersungguh-sungguh,” katanya kepada mStar.

Zain berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Viu Originals berjudul Cela di DSH Villa, Hulu Langat, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung selamat bernikah, Che Ta sebak kongsi nasihat hidup berumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami yang sangat menyenangkan” - Che Ta ungkap kata romantis buat Zain Saidin, 12 tahun lalui asam garam rumah tangga tanpa jemu

Menurut Zain, dia bagaimanapun tidak menghalang jika Aaisyah menerima tawaran iklan atau kempen promosi kerana tempoh penggambarannya singkat dan tidak mengganggu sesi persekolahan.

Namun, dia lebih berhati-hati apabila membabitkan tawaran lakonan drama kerana bimbang jadual penggambaran yang panjang akan menjejaskan pelajaran anak itu.

“Waktu persekolahan dia, saya tak mahu kacau. Bukan saya nak kata tak elok, tetapi pada pendapat saya kalau budak yang masih bersekolah sudah bekerja, banyak isu boleh timbul.

Bila sudah ditawarkan duit, kita mudah lupa.

ZAIN SAIDIN

PELAKON

“Bagi saya mereka masih kecil dan belum tahu mengendalikan perkara secara matang. Tetapi kalau penggambaran drama yang mengambil masa panjang, saya cuba elakkan.

“Kalau drama itu meletup, akan dipanggil lagi. Bila sudah ditawarkan duit, kita mudah lupa. Jadi saya tak mahu mulakan perjalanan ke arah itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain memberitahu Aaisyah pernah menerima beberapa tawaran lakonan.

Namun, tambah Zain, dia memilih untuk menolaknya kerana mahu Aaisyah fokus pada pendidikan terlebih dahulu.

Aaisyah sebenarnya seorang yang pemalu.

Malah, katanya, Aaisyah juga seorang yang pemalu dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sebelum berdepan kamera.

“Aaisyah ini pemalu sebenarnya. Di media sosial dia boleh bercakap sebab berada di rumah dengan kami. Tetapi bila berdepan orang ramai, dia perlukan masa untuk selesa.

“Contohnya ketika menyertai program masak-masak bersama Che Ta, isteri saya terpaksa bawa dia ke lokasi dua atau tiga hari lebih awal supaya dia biasa dengan suasana. Lepas itu barulah dia okey di depan kamera,” jelasnya.

Untuk rekod Che Ta dan Zain bergelar suami isteri pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan Aaisyah.

Sebelum itu, Che Ta juga memiliki dua anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 29, dan Aniq Ezzra, 27 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain