MENYAMBUT ulang tahun perkahwinan yang ke-12, pelakon Rozita Che Wan berkongsi kata-kata manis buat suami tercinta yang juga aktor Zain Saidin.
Melalui pelbagai cabaran sepanjang berumah tangga, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 51, berkata suaminya itu adalah lelaki yang cukup setia bersama di sisi.
“Kita sudah berkongsi satu perjalanan yang bukan selalu mudah, tapi sentiasa jujur. Sentiasa tulus, tentang kita berdua, saling menggenggam tangan.

Che Ta dan Zain melalui pelbagai cabaran bersama dalam perkahwinan.
“Bila dunia jadi susah, awak tempat hati saya pergi untuk berehat. Bila badai datang, awaklah ketenangan yang menarik saya kembali,” katanya.
Che Ta berkongsi ungkapan manis tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Khamis.
Dia turut memuat naik kembali beberapa keping gambar kenangan sepanjang mereka hidup bersama termasuk ketika hari penikahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari demam dan lemah, Rozita Che Wan dimasukkan ke hospital
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada syarat untuk bakal menantu, Rozita Che Wan yakin pilihan anak... Titip nasihat jadi suami mithali
"Dua belas tahun dan saya masih memandangmu dengan keyakinan dan rasa syukur yang sama.
"Kalau dapat hidup 1,000 kali pun, saya tetap akan mencari dan memilih awak dalam setiap kehidupan.
“Selamat ulang tahun sayang, suami yang sangat menyenangkan,” ungkapnya.

Keluarga bahagia Che Ta.
Untuk rekod Che Ta dan Zain sah bergelar suami isteri pada 11 Disember 2013.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia 11 tahun.
Che Ta juga memiliki dua anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


