KEMBALI menghidupkan lagu Cinta Di Akhir Garisan dengan versi baharu, komposer Ajai sedar akan wujud perbandingan dalam kalangan peminat terhadap karya yang sudah popular sejak 1998.Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam penghasilan Cinta Di Akhir Garisan 2.0, Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, berkata pembaharuan yang dilakukan pasti memberikan kepuasan kepada pendengar. "Mesti akan ada perbandingan. Kalau buat versi baharu, mestilah dengan cara baharu.Nadeera, Marsha, Aisha dan Adira diberi kepercayaan menyanyikan lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0. "Versi baharu ini saya buat pembahagian nyanyian mengikut kesesuaian demi kepuasan pendengar. Apabila menghasilkan lagu ini, saya tidak fikir penyanyi tertentu akan menyanyikan bahagian tertentu."Ini adalah keserasian mereka berempat," katanya kepada mStar.Dalam versi kali ini, Ajai menampilkan Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera Zaini dan Aisha Retno.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak nampak konsep dan identiti setakat satu single“ - Ajai galak artis buat album ARTIKEL BERKAITAN: Adira mohon hentikan isu anak-anak tak datang majlis kahwin bekas suamiGabungan penyanyi generasi masa kini itu menampilkan perubahan dan kelainan berbanding versi asal yang pernah dipopularkan oleh Nora Ariffin, Ziana Zain, Ning Baizura dan Dessy Fitri.Lebih istimewa, versi terbitan Usanita Entertainment itu turut mendapat kerjasama daripada Budapest Symphony Orchestra dengan iringan 53 pemuzik."Saya mahu lagu ini bukan sekadar rakaman biasa. Saya mahu ia memberi satu pakej penuh dalam penghasilan muzik. Bekerja dengan Orkestra Budapest, penyanyi yang bagus dan untuk muzik video pula kami lakukan penggambaran di Istana Budaya.Cinta Di Akhir Garisan 2.0 bakal memberi kepuasan buat peminat. "Biarlah muzik Malaysia ini nampak megah," luahnya.Dalam masa sama, Ajai turut memberi bayangan bakal mengadakan sebuah konsert yang menghimpunkan keempat-empat penyanyi berkenaan."Untuk konsert, semuanya masih dalam perbincangan bagi memilih tarikh yang sesuai," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!