suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tak nampak konsep dan identiti setakat satu single“ - Ajai galak artis buat album

Ajai merupakan ketua juri AIM25.

KOMPOSER Ajai menggalakkan para artis tempatan kembali menghasilkan album penuh atau sekurang-kurangnya EP (extended play) bagi memberi ruang kepada karya mereka dinilai secara lebih menyeluruh.

Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, yang juga ketua juri bagi Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) berkata penghasilan sebuah single sahaja tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan perjalanan dan nilai sesebuah karya muzik.

"Sekarang ini kami (juri) mahu menggalakkan artis merakamkan album penuh. Kalau bukan album penuh pun setidaknya EP. 

"Pada saya kalau berdasarkan sebuah single (lagu), ia tidak melambangkan perjalanan album itu. 

Ajai mahu lebih ramai penyanyi menghasilkan album penuh.

"Bila album yang ada lima atau 10 buah lagu, itu yang baru kita nampak perjalanan (nilai) album tersebut," katanya kepada mStar. 

Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media AIM25 yang diadakan di The Arch Galleries, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Dalam pada itu, Ajai memaklumkan penghasilan album penuh membolehkan konsep, identiti serta hala tuju seseorang artis dinilai dengan lebih jelas berbanding hanya menerusi sebuah lagu.

"Kita boleh tahu apa sebenarnya konsep yang dibawakan dalam album itu. Kalau sekadar menyanyikan lagu berentak balada contohnya, kita tak boleh habis kaji (buat penilaian) sebab terlalu terhad. 

ARTIKEL BERKAITAN: Melodi sedap lirik bagus, Ajai kongsi rahsia lagu dialek Kelantan mudah viral dapat sambutan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada undang-undang larang pempengaruh buat lagu raya, Ajai hormati kreativiti seni... “Cuma unsur budaya dan identiti perlu dikekalkan”

"Cuba kalau hasilkan sebuah album penuh, mungkin satu lagu tak sedap tapi lagu lain sedap, kita boleh nampak karya yang dipersembahkan dalam sebuah album apakah repertoirnya.

"Memang tak ada masalah kalau nak keluarkan single tapi tak nampak repertoir sedangkan sepatutnya kita (pengkarya) yang perlu hasilkan lagu buat pendengar. Pendengar hanya mendengar apa saja lagu dan konsep yang sedap berdasarkan apa industri beri," ujarnya. 

Ajai bagaimanapun menjelaskan format single masih relevan dalam industri muzik masa kini dan tiada halangan untuk artis terus menggunakan pendekatan tersebut.

Namun, penghasilan album memberikan gambaran lebih lengkap terhadap kreativiti dan kemampuan seseorang pengkarya.

"Patutnya syarikat rakaman dah mula fokus untuk hasilkan album penuh atau EP sebab lebih adil kepada pendengar supaya mereka merasai dan mendengar perjalanan album itu sendiri. 

Pengerusi RIM dan AIM, Rosmin Hashim menganggap AIM25 menjadi simbol evolusi industri muzik tempatan.

"Dulu bajet pun bukan besar, satu lagu dalam RM3,000 ke RM4,000 tapi sekarang satu lagu lebih kurang RM15,000-RM20,000. 

"Mungkin kalau kita dah kategorikan dalam satu album penuh, penerbit dah kena turunkan semula harga. Tak boleh guna harga buat single," katanya. 

Untuk info, AIM25 bakal berlangsung pada 26 September depan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. 

Edisi kali ini turut memperkenalkan dua kategori baharu iaitu Lagu Borneo Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik sebagai usaha mengiktiraf kepelbagaian budaya serta perkembangan landskap muzik tempatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain