PELAKON Kamal Adli diumumkan sebagai pengacara baharu bagi program Melodi sekali gus menggantikan Fikry Ibrahim sebelum ini.Pelantikan Kamal yang juga digelar netizen sebagai 'King of Threads' itu adalah sebahagian daripada pembaharuan menyeluruh program berkenaan yang kini melangkah ke era baharu yang lebih segar, moden dan dinamik. Menerusi wajah baharu ini, Kamal bakal bergandingan dengan hos sedia ada iaitu Ain Edruce bagi mengemudikan rancangan tersebut.Kamal bakal kendalikan Melodi bermula 9 malam ini.Menurut Kamal, dia teruja untuk mengemudikan program tersebut yang bermula pada 16 Julai ini. “Terima kasih kepada Melodi sebab sudi ambil saya jadi pengacara untuk program ini.“Saya memang teruja nak kerjasama dengan Ain dalam program ini. Rasa tidak sabar!” katanya. Kamal berkongsi perkara itu ketika sidang media Terhangat Melodi di Balai Berita, Bangsar pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Diserang’ rasa sunyi, bersendirian awal pagi punca Kamal Adli tulis luahan hatiARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami paling positif, Kamal Adli dapat pujian ramaiGandingan dua selebriti ini dijangka menyuntik dimensi serta aura baharu agar setiap episod yang bersiaran menjadi lebih meriah serta dekat dengan cita rasa penonton masa kini.Bukan sahaja bertukar wajah dan menampilkan hos baharu, Melodi turut menukar waktu siarannya yang sebelum ini sinonim pada hari Ahad.Program itu bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis, pukul 9 malam di TV3 dan turut boleh distrim secara harian menerusi aplikasi Tonton.Gandingan Ain (kiri) dan Kamal akan beri pembaharuan pada Melodi.Bagi memperkukuhkan lagi pengisian kandungannya, Melodi turut memperkenalkan segmen terbaharu iaitu Muzik-Muzik 41.Segmen ini akan membawakan perkembangan terkini carta muzik tempatan setiap minggu di samping membuka ruang untuk peminat terlibat sama dalam proses pengundian lagu kegemaran mereka menuju ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL).Bagi merancakkan lagi capaian segmen ini, stesen radio Hot FM turut diumumkan sebagai rakan radio rasmi bagi Muzik-Muzik 41 menerusi segmen Carta Juara Lagu.Segmen radio tersebut akan bersiaran pada setiap hari Ahad pukul 8 hingga 10 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!