PELAKON Kamal Adli meraih perhatian apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas isterinya, aktres Uqasha Senrose, kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama anak perempuan mereka, Hawra Uqaira.Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, berseloroh memaklumkan dia mempunyai temu janji istimewa dengan 'kekasihnya', yang sebenarnya merujuk kepada anak mereka. "Maaf hari ini saya sangat sibuk keluar temu janji dengan kekasih saya. Tindakan Kamal (kiri) menghargai bekas isteri menerima pujian ramai."Kami memang habis-habisan berjanji temu hari ini."Terima kasih, cik ibu (Uqasha) sebab bagi peluang," katanya. Kamal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Gagal kawal emosi, Kamal Adli imbau momen ‘menangis macam budak-budak’ semasa diminta lafaz ceraiARTIKEL BERKAITAN: Terpancar wajah ceria Kamal Adli jumpa anak, ramai tumpang gembira lihat ‘Ketua Presiden’ bahagiaDalam hantaran sama, Kamal turut berkongsi sebuah video memaparkan momen dia dan Hawra berjalan sambil berpimpin tangan di sebuah pusat beli-belah.Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji sikap matang Kamal kerana menghargai bekas isterinya dan mengutamakan hubungan baik demi anak mereka."Kamal seorang bekas suami yang green flag. Bekas-bekas suami di luar sana tolonglah tengok perangai dia. Ambil anak pun cakap terima kasih dekat mak, bukannya buat content untuk sakitkan hati mak. "Kamal Adli menang, ketua 'ex' (bekas suami) paling green flag. Kamal (kiri) menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik."Itu hari Kamal mengadu kesepian, terus bekas isteri hantar anak untuk hiburkan hati ayahnya, Ini yang kita mahu," tulis netizen. Untuk rekod, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 4 November 2021 dan sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!