suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aaron Aziz kurang selesa watak narsistik 'Bidadari Tanpa Syurga'

Ramai membenci watak Azlan dalam drama itu.

DRAMA siri Viu Original, Bidadari Tanpa Syurga mencetuskan fenomena apabila berjaya membuka mata orang ramai mengenai bahaya taktik manipulasi emosi serta sikap lelaki narsistik dalam sesebuah hubungan.

Isu ini mula menjadi bualan hangat di media sosial susulan satu hantaran di aplikasi Threads oleh seorang pengguna akaun yang mendefinisikan orang narsistik dengan memaparkan salah satu babak daripada drama berkenaan.

Rata-rata penonton menyifatkan jalan cerita naskhah tersebut sangat dekat dengan realiti kehidupan, khususnya apabila mempamerkan watak Azlan lakonan Datuk Aaron Aziz memanipulasi isterinya, Farhah (Nadiya Nisaa).

Azlan (kiri) lakonan Aaron Aziz buka mata ramai mengenai individu narsistik. 

Bukan sahaja netizen, malah Aaron sendiri mengakui kurang selesa dengan setiap dialog dan tindakan yang perlu dilakukannya ketika membawakan watak Azlan.

Menurut Aaron, setiap kali selesai menjalani penggambaran, dia sering mempersoalkan dialog yang dituturkan oleh wataknya itu.

"Setiap kali habis shooting, saya sendiri macam, 'Apa dialog Azlan ini?' Saya percaya perkara seperti ini memang berlaku dalam dunia nyata.

"Bukan suami sahaja yang boleh bersikap narsistik, malah ada juga isteri yang mempunyai sifat sedemikian. Ia adalah satu bentuk penderaan mental yang sangat menyakitkan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem selesa, mudah serasi dengan Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bidaah’ nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia, atasi drama popular Korea Selatan

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menjelaskan bahawa seorang individu narsistik akan menggunakan apa sahaja kelemahan termasuk sentimen agama sebagai senjata untuk mengawal serta membuatkan pasangan sentiasa diselubungi rasa bersalah.

"Apabila orang sudah meletup, golongan narsistik ini akan mula berlakon sebagai mangsa kerana mereka sangat pandai menyembunyikan keburukan di sebalik kebaikan," tulis netizen tersebut.

Pandangan itu turut disokong orang ramai yang berpendapat bahawa golongan ini gemar menggunakan agama semata-mata untuk menundukkan pasangan agar sentiasa akur dengan kehendak mereka.

Selain itu, watak suami narsistik dalam drama tersebut juga disifatkan sebagai seorang individu yang hanya tahu menuntut hak dan pengorbanan daripada isteri, namun culas dalam menjalankan peranannya sendiri.

Drama Bidadari Tanpa Syurga ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat. 

Dalam masa sama, drama itu turut mendorong ramai bekas mangsa tampil berkongsi kisah silam mereka yang pernah terperangkap dalam hubungan toksik dengan lelaki yang mempunyai personaliti seperti watak Azlan.

Antaranya seorang pengguna Threads yang mengakui babak terbabit menjentik emosinya kerana dia sendiri pernah melalui fasa hidup yang memenatkan dan penuh dengan rasa serba salah selama 11 tahun perkahwinan.

"Pernah berada 11 tahun dalam dunia serba salah sebegini," kata pengguna Threads itu. 

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa gerun sekiranya dipertemukan dengan jodoh yang memiliki sifat sedemikian dan menganggap drama Bidadari Tanpa Syurga sebagai satu panduan untuk mengenali tanda-tanda awal hubungan tidak sihat.

Drama tersebut membuktikan ia bukan sekadar sebuah karya hiburan kosong, sebaliknya sebuah naskhah berat yang berjaya membangkitkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan emosi.

Untuk rekod, drama Viu Original - Bidadari Tanpa Syurga ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Viu bermula 11 Jun 2026 lalu, dengan sajian episod baharu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

 

Artikel Lain