suria

‘Bidaah’ nombor satu di Viu Malaysia dan Indonesia, atasi drama popular Korea Selatan

Bidaah berjaya atasi drama dari Korea Selatan.

WALAUPUN terpalit dengan kontroversi, drama bersiri Bidaah berjaya mencipta kejayaan luar biasa sejak ia ditayangkan di platform penstriman Viu pada 6 Mac lalu.

Drama terbitan Viu Originals itu meraih populariti luar biasa apabila menduduki carta nombor satu paling popular di platform penstriman tersebut bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.

Bukan itu sahaja, data daripada Google Trends menunjukkan drama ini juga menjadi antara carian paling popular di negara Asia lain seperti Thailand, Singapura, dan Brunei.

Lakonan Faizal sebagai Walid iaitu pemimpin Jihad Ummah.

Bidaah berjaya memperoleh 134 juta jumlah tontonan serta 44 juta capaian menerusi media sosial Viu Malaysia.

Tidak terhenti di situ, Bidaah berjaya mengatasi drama bersiri dari Korea Selatan yang popular seperti Undercover High School, The Witch dan Study Group.

Dalam pada itu, maklum balas daripada peminat di Indonesia pula rata-rata netizen mengatakan drama terbitan penerbit Erma Fatima itu sangat relevan dan dekat dengan realiti kehidupan masyarakat di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazlina Ahmad Daud terseksa kena minum air basuh kaki Faizal Hussein, beri kesedaran ajaran sesat dalam ‘Bidaah’

ARTIKEL BERKAITAN: Terima teguran Jakim, Erma Fatima sudah potong 2 babak dalam ‘Bidaah’ cetus kontroversi

Drama Bidaah ini mengisahkan seorang wanita Bernama Baiduri lakonan Riena Diana yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud), untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein). 

Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran rohani kumpulan itu seperti perkahwinan paksa dan kepatuhan membuta tuli.

Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnul Rahmat) membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah telah tersasar jauh. 

Fattah cemerlang dengan melakonkan karakter Hambali.

Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran walaupun nyawanya sendiri terancam.

Bidaah dibintangi pelakon-pelakon handalan seperti Faizal Hussein, Fattah Amin, Riena Diana, Fazlina Ahmad Daud, Hasnul Rahmat, Vanidah Imran, Fathia Latiff dan Marissa Yasmin.

Hanya berbaki enam episod, Bidaah sedang disiarkan di Viu pada setiap hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain