suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takkan nak tunggu sakit baru nak bagi kerja? - Kuna

Kuna kesal dengan sikap segelintir pihak produksi yang meminggirkan artis veteran.

PELAKON senior, Kuna Muzani meluahkan rasa kecewa dengan senario yang dialami oleh ramai artis lama dipinggirkan walaupun mereka masih sihat dan mampu memberikan komitmen dalam lakonan.

Kuna atau Tengku Sarina Tengku Muzani, 55, berkata dia terkilan apabila pihak produksi hanya mencari artis lama selepas mereka berdepan kesukaran hidup atau tular meluahkan nasib di media sosial.

"Saya cuma kesal pihak terlibat (produksi) buat macam ini. Takkan nak tunggu kami (artis lama) sakit baru nak bagi job (tawaran lakonan)?

Luahan Kuna di Threads miliknya menarik perhatian ramai.

"Perkara ini dah banyak kali berlaku, bila artis lama keluar TV mengadu tak ada tawaran, tak boleh bayar sewa rumah, barulah sibuk nak bagi job. Kenapa buat macam itu?

"Kami ini masih sihat dan mampu lagi bekerja, kenapa tak beri sahaja kami peluang?" katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Kuna turut mendedahkan pernah berdepan situasi apabila tawaran lakonan yang diterimanya tidak selari dengan jumlah hari penggambaran sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuna syukur karipap pusing laris sepanjang PKP, sedih nasib kru produksi... ada yang sampai tak mampu beli susu anak

ARTIKEL BERKAITAN: Didie Alias dah ‘berbuih’ suarakan isu bayaran artis lama, kecewa masih ada sikap kroni beri ‘job’

Kata Kuna, pada awalnya dia dimaklumkan hanya perlu menjalani penggambaran selama dua hari, namun sebenarnya tempoh tersebut bertukar kepada lima hari.

"Saya dapat tawaran berlakon tetapi bayaran yang dijanjikan untuk dua hari penggambaran. Tapi bila saya sahkan semula dengan pembantu pengarah, penggambaran membabitkan saya selama lima hari. 

"Jadi bila komitmen untuk lima hari sudah tentu bayaran perlu ditambah. 

Bila artis lama keluar TV mengadu tak boleh bayar sewa rumah, barulah sibuk nak bagi job.

KUNA MUZANI

PELAKON

"Pihak produksi kata akan hubungi saya semula tapi akhirnya tak ada sebarang panggilan dibuat. Jadi secara tidak langsung saya tahu mereka tidak mahu membayar lebih," ujarnya.

Beralih pada kerjaya seninya, Kuna memberitahu sehingga kini dia hanya terlibat dalam sebuah drama sepanjang tahun ini.

Malah, bagi menampung perbelanjaan harian, dia kini turut menerima tawaran membuat reviu produk sebagai sumber pendapatan sampingan.

"Tahun ini saya baru jalani penggambaran untuk satu drama saja. Ini pun dah bulan Julai. 

"Selain berlakon, saya terpaksalah membuat ulasan produk untuk dapatkan pendapatan. Itu sajalah yang saya boleh buat. 

Kuna mahu artis lama diberi lebih banyak peluang berlakon.

"Saya ni berlakon daripada muda, habis nak pergi mana? Takkan nak pergi kerja ofis," katanya. 

Sebelum ini, Kuna meluahkan rasa kesal menerusi hantaran di Threads apabila mendakwa semakin kurang menerima tawaran membawakan watak ibu dalam drama atau filem.

Menurutnya, dia masih lagi mampu bekerja dan percaya masih mempunyai kelompok peminat yang ingin melihatnya terus berlakon. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain