PERJALANAN peserta program Big Stage X Rocketfuel (BSR) iaitu Sufie Rose bernoktah apabila diumumkan tersingkir pada minggu kedua pertandingan.Sufie memperolehi markah tercorot daripada persembahan lagu Panas nyanyian asal De Fam dalam konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Walaupun masih belum berjaya memikat hati juri, Akim Ahmad mengakui persembahan Sufie kali ini jauh lebih meyakinkan berbanding minggu pertama.Persembahan Sufie tidak berjaya menambat hati juri.“Minggu ini persembahan awak lebih baik dari minggu lalu. Awak nampak lebih selesa. “Awak dah nampak arah tuju genre lagu yang sesuai jadi perhalusi lagu-lagu rentak seperti ini untuk persembahan seterusnya,” katanya. Sementara itu, peserta mendapat markah tertinggi ialah Hussain sebanyak 72 peratus, diikuti Ranisha (71.6) dan Adam & Nazmie berada di tangga ketiga (70).ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X RocketfuelARTIKEL BERKAITAN: [V] Undian tinggi peminat bawa Hussain ke BigStage pulaDalam pada itu, Hussain dipilih sebagai Rocket Star of The Week. Seramai 10 peserta akan meneruskan saingan pada minggu ketiga, iaitu Hussain, Sabrina, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli dan satu-satunya peserta berkumpulan, duo Adam dan Nazmie.BSR dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva.BSR boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), pada setiap Ahad, pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!