suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zain Saidin bersyukur dapat berlakon kembali

Zain teruja dapat berlakon semula selepas lama berehat.

LAMA menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Zain Saidin meluahkan rasa bersyukur apabila dirinya kini mendapat semula tawaran dalam industri seni.

Menurut Zain, 42, hampir sedekad dia tidak memegang watak utama atau sampingan besar selepas mencipta nama dengan karakter Henry Middleton menerusi drama bersiri Oh My English.

Kata Zain, sepanjang tempoh itu, dia banyak memberi tumpuan kepada dunia perniagaan yang turut menjadi minatnya.

Zain mudah bosan lakukan rutin sama setiap hari.

“Ramai orang ingat saya lebih fokus kepada perniagaan. Memang saya seronok berniaga, tapi saya pun suka berlakon,” katanya kepada mStar.

Zain berkata, pengalaman berlakon memberikan kepuasan berbeza kerana setiap projek menawarkan kepelbagaian rutin, sekali gus membuatkan dirinya tidak mudah bosan.

“Saya suka sebab setiap drama lain cerita, lokasi lain, pengarah lain. Saya bukan jenis yang suka benda sama setiap hari,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zain, Che Ta sepakat halang Aaisyah berlakon di bangku sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung selamat bernikah, Che Ta sebak kongsi nasihat hidup berumah tangga

Bagaimanapun, Zain mengakui tempoh aktif dalam perniagaan sebelum ini sedikit sebanyak memberikan persepsi bahawa dia tidak lagi serius dalam bidang lakonan.

Susulan itu, katanya perihal itu sekali gus menjejaskan peluang lakonan.

“Saya seronok bawa watak antagonis. Tak dapat jadi hero pun tak apa, asalkan dapat berlakon.

Zain mahu kembali aktif berlakon.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, saya memang nak kembali aktif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zain kini muncul dengan drama bersiri Viu Original berjudul Cela.

Selain Zain, drama itu turut dibintangi Nabila Huda, Hun Haqeem, Zarif Ghazzi, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Lisdawati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain