suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Yad-Z, Hussain tiada masalah

Yad dan Hussain (kanan) berkawan rapat dalam program Big Stage X Rocketfuel.

PESERTA Big Stage X Rocketfuel, Yad-Z menegaskan hubungannya dengan Hussain dalam keadaan yang baik walaupun kenyataannya sebelum ini mencetuskan kontroversi di media sosial.

Kata Yad atau Muhammad Yazid Muaz, 28, Hussain sendiri menasihatinya agar tidak mengambil hati dengan kritikan yang diterima kerana ia sudah menjadi lumrah dunia hiburan.

“Saya ada bercerita dengan Hussain. Dia senyum saja dan cakap itu perkara biasa (kecaman). 

“Dia nasihatkan saya supaya tidak ambil hati dan anggap sebagai proses pembelajaran. 

Persembahan minggu kedua Yad (tengah) mendapat perhatian ramai.

“Sebenarnya saya dan Hussain tak ada masalah apa pun. Di belakang tabir pun memang kami rapat,” katanya kepada mStar.

Yad berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Big Stage X Rocketfuel minggu kedua yang diadakan di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. 

Mengulas lanjut, Yad mengakui masih baharu dalam industri seni dan menganggap insiden itu sebagai pengalaman yang mematangkannya.

“Saya baru saja masuk dalam industri (seni), kadang-kadang kita terlepas cakap. Sebenarnya saya tidak berniat nak cakap buruk fasal orang lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Yad-Z minta maaf kenyataan berbaur 'sombong'

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

“Ayat saya mungkin tak teratur. Mungkin saya bukanlah orang yang pandai bercakap tapi saya cuba bertutur dengan baik,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Yad 

turut menjelaskan dirinya bukan seorang yang sombong. Sebaliknya, raut wajah yang serius itu mengundang salah faham pada segelintir pihak.

“Muka saya mungkin nampak poyo tetapi sebenarnya tidak. Saya ini orangnya periang. 

“Mungkin hanya mimik muka saja nampak sombong, orang yang kenal tahu saya macam mana. 

Yad mohon maaf atas salah faham yang berlaku.

“Insya-Allah selepas ini saya akan lebihkan senyuman. Tak kenal maka tak cinta,” katanya. 

Sebelum ini, Yad menerima kecaman hebat selepas didakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap berbaur sombong dan ego ketika ditemu bual secara langsung dalam program tersebut.

Kontroversi itu tercetus apabila dia menyuarakan keyakinan terhadap bakat sendiri selepas ditanya mengenai penyertaan Hussain sebagai peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel.

Jawapan itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain