PELAKON Datin Nelydia Senrose dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid bakal menimang cahaya mata sulung lelaki tidak lama lagi.Perkara gembira itu dikongsikan mereka semasa majlis pengumuman jantina yang diadakan secara tertutup pada Ahad. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan teman rapat pasangan berkenaan.Nelydia kelihatan sebak ketika mendengar ucapan suaminya.Suasana bertukar hiba apabila Hafez tampil memberikan ucapan romantis dan menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada Nelydia atas pengorbanan membawa zuriat pertama mereka.“Tidak lama lagi keluarga kecil kita yang berdua ini akan menjadi bertiga. Kehidupan yang baharu dan fasa yang sepenuhnya baharu akan bermula.“Kehidupan kita akan berubah buat selama-lamanya dengan cara yang paling indah sekali.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ini penantian tujuh tahun saya” - Nelydia Senrose tak putus doa timang cahaya mataARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose umum hamil anak pertama, ‘hadiah’ sempena ulang tahun perkahwinan“Akhir sekali, saya cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada Nelydia kerana menjadi seorang isteri yang sangat hebat dan cantik,” kata Hafez.Mendengarkan ucapan tulus daripada suami tercinta, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 32, dilihat gagal menahan air mata dan berada dalam keadaan sebak.Untuk rekod, Nelydia mengumumkan berita kehamilannya kepada umum pada April lalu sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.Nelydia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga atas rezeki yang dikurniakan dan menganggap kehadiran kandungan tersebut sebagai hadiah paling bermakna dalam hidup mereka.Nelydia dan Mohd Hafez sah bergelar pasangan suami isteri pada 6 April 2019.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!