suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yad-Z minta maaf kenyataan berbaur 'sombong'

Yad-Z mohon maaf mengenai kenyataan yang dikeluarkan.

PESERTA program realiti Big Stage X Rocketfuel, Yad-Z tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kecaman hebat di media sosial gara-gara didakwa memberikan kenyataan berbaur sombong dan ego.

Jelas Yad-Z, dia tidak berniat untuk tampil berlagak dan merasakan dirinya hebat, sebaliknya hanya percaya dengan bakat yang ada. 

"Saya nak minta maaf atas apa yang berlaku semalam. Kalau apa yang saya cakap buat ramai terasa hati atau disalahertikan, saya benar-benar minta maaf.

Hubungan Yad-Z dan Hussain dalam keadaan baik. 

"Sebenarnya bukan niat saya untuk berlagak, ego atau rasa diri lebih hebat daripada orang lain. Apa yang saya maksudkan cuma saya percaya pada bakat yang Allah bagi dan saya yakin dengan diri sendiri. Itu sahaja," katanya di halaman Threads pada Isnin. 

Kontroversi itu tercetus apabila Yad-Z yang ditemu bual secara siaran langsung pada program itu, memberikan jawapan dia yakin pada bakat dirinya selepas ditanya mengenai penyertaan Hussain sebagai peserta ke-11 program berkenaan.

Enggan membiarkan spekulasi itu berlarutan, Yad-Z turut menjelaskan hubungannya dengan Hussain yang juga bekas peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) dalam keadaan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Undian tinggi peminat bawa Hussain ke BigStage pula

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X Rocketfuel

Dalam masa sama, Yad-Z berjanji akan lebih berhati-hati dan menjadikan isu ini sebagai pembakar semangat untuk melakukan yang terbaik.

"Terima kasih atas semua komen, teguran dan pandangan yang diberikan. Saya terima semuanya dengan hati terbuka dan akan jadikan ia sebagai pengajaran untuk saya terus memperbaiki diri.

"Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa menyokong saya. Insya-Allah saya akan buat yang lebih baik selepas ini," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain