suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Viviana kena buli siber lagi, digelar pelacur pula

Viviana sedih wajahnya dihina.

PESERTA program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Viviana mendedahkan dia berdepan dengan tindakan buli siber yang melampau sehingga maruahnya sebagai seorang wanita direndahkan. 

Lebih mengejutkan, Viviana, 20, berkata selain menghantar mesej makian di Instagram (IG) ada individu tergamak menggelarnya dengan panggilan 'pelacur' hanya kerana dia menari ketika melakukan persembahan di atas pentas.

"Sebenarnya saya tak kisah pun kalau nak menghina ke apa ke, sebab kita tahu sesetengah orang suka dan tak suka bakat saya. Tetapi cerita dia, ada orang terus DM saya. 

Viviana berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Dia bagitahu kata saya tidak lawa, tak sesuai masuk Big Stage dan sebagainya. Saya tak balas, tapi saya terfikirlah apa yang saya buat sampaikan orang tidak suka. Memang agak terkesan kepada saya, saya pula perempuan.

"Ada makian, ada yang cakap saya pelacur sebab menari di atas pentas. Saya rasa benda itu tidak patutlah," katanya kepada mStar. 

Mengulas mengenai kecaman terhadap wajahnya, Viviana menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana wajahnya adalah kurniaan Tuhan hasil daripada gabungan wajah bapa dan ibunya, penyanyi Ani Maiyuni. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak buli siber, Viviana rayu jangan kecam peserta lain… Reda tersingkir suku akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni, Viviana tersingkir minggu suku akhir

"Sedih bila dia mengata rupa saya. Rupa saya adalah gabungan mak dan ayah, insan yang saya cinta.

"Saya tidak kisah nak hina bakat saya, terpulang. Fizikal pun tak apa, tapi janganlah hina rupa. Saya sedihlah," katanya.

Kecaman itu dikatakan paling agresif buatnya. 

Penyanyi itu turut mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama dia diganggu oleh individu berkenaan, namun serangan siber kali ini disifatkan sebagai paling agresif.

"Sebelum ini dah kena, tapi kali ini lagi teruk. Orang yang sama. Sebenarnya dia tak suka saya tercalon untuk masuk Big Stage. 

"Saya buat hantaran di media sosial itu untuk semua oranglah dan itu adalah satu pengajaran juga buat saya. Cuma bagi saya, kata-kata ini boleh membunuh. Kata-kata ini sakit dan makan dalam," jelasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Berikut

Artikel Lain