PELAKON Hisyam Hamid mendedahkan menerima banyak mesej berbaur kecaman dan hinaan daripada penonton selepas membawakan watak suami curang dalam drama Ikatan Terlarang.Hisyam, 40, berkata, dia menganggap setiap kecaman yang diterima sebagai satu pujian kerana itu membuktikan watak yang dibawanya berjaya meninggalkan impak kepada penonton. "Dikecam memang antara cabaran sebagai seorang pelakon. Saya seronok sebab watak kali ini sangat berbeza daripada watak-watak yang pernah dibawakan sebelum ini.Hisyam seronok bawa watak tersebut. "Selalunya saya pegang watak hero yang baik, tetapi kali ini saya jadi watak jahat. Memang sebelum ini pernah bawa watak antagonis, tetapi karakter kali ini berbeza."Kecaman yang saya terima di media sosial memang hebat. Ada yang menghantar mesej secara langsung (DM) dan memaki saya dengan kata-kata seperti ‘sial punya jantan’."Tapi saya anggap itu sebagai satu pujian. Bukan kerana saya seronok dikecam, tetapi ia menunjukkan watak itu benar-benar menjadi dan sampai kepada penonton," katanya kepada mStar. Dalam masa sama, Hisyam tidak terasa hati apabila ada beberapa peminat mula tidak meminatinya selepas membawakan watak Lukman dalam drama tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid kecewa difitnah kunjungi rumah Erysha EmyraARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid penat bawa watak curang, tapi stesen TV suka banyak rating... Mahu cuba pelbagai karakter"Saya pun ada baca tentang benda ini. Saya nak sahaja balas dan cakap itu bukan saya yang sebenar, itu hanyalah watak. "Tapi tidak mengapalah. Mereka akan faham juga nanti," ujarnya. Berkongsi mengenai gandingannya bersama Erysha Emyra, Hisyam memuji komitmen yang ditunjukkan pelakon itu sepanjang menjalani penggambaran meskipun ini merupakan kali pertama mereka bekerjasama.Hisyam digandingkan bersama Erysha dalam drama tersebut. "Ini kali pertama saya berlakon dengan Erysha. Dia seorang pelakon yang sangat komited terhadap kerjanya. Dia akan mengkaji skrip terlebih dahulu dan memahami kepentingan setiap babak yang dilakonkan."Mungkin ramai menganggap dia masih baharu dalam industri, tetapi keserasian antara kami sangat mudah dibina dan sepanjang penggambaran semuanya berjalan dengan baik," ujarnya. Selain Hisyam dan Erysha, drama ini turut dibintangi oleh Alif Hadi, Mawar Rashid, Arash Mohamad dan ramai lagi. Drama Ikatan Terlarang boleh ditonton di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!