PENYANYI dan pelakon Bella Astillah tetap setia memberikan sokongan terhadap tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya ditangguhkan ke 13 Julai depan.Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 32, berkata, dia akan sentiasa berada di sisi Syed Saddiq dan berharap tunangnya itu terus tabah menghadapi ujian. “Semoga tabah… Insya-Allah saya akan sentiasa berada di belakangnya,” katanya kepada mStar.Keputusan rayuan akhir Syed Saddiq ditangguh 13 Julai ini.Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Selasa.Dalam pada itu, Bella berkata dia menghormati keputusan mahkamah menangguhkan prosiding berkenaan dan mengakui terdapat perkara yang berada di luar jangkaan semua pihak.“Kita menghormati keputusan mahkamah. Ada perkara yang kita tidak boleh jangkakan. Kita doakan yang terbaik,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Bella mohon doa buat Syed Saddiq, Space Dollah yakin adik akan bebasARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq berserah kepada takdirSebelum ini, Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq kepada 13 Julai.Perkara itu dimaklumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais pada permulaan prosiding selepas salah seorang anggota panel, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali tidak dapat hadir kerana bercuti sakit selama dua hari.Abu Bakar berkata, beliau dan seorang lagi anggota panel, Datuk Collin Lawrence Sequerah hadir di mahkamah, namun keputusan tidak dapat disampaikan berikutan ketiadaan Che Mohd Ruzima.Bella (kanan) dan Syed Saddiq bertunang pada Mac lalu.Keputusan rayuan itu akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal dibebaskan atau diperintahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).Jika rayuan pendakwaan ditolak, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Bagaimanapun, jika rayuan dibenarkan, dia berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!