PELAKON Hairul Azreen menzahirkan penghargaan dan rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya, Hanis Zalikha, serta mengakui tidak pernah menyesal memilih aktres itu sebagai suri hidupnya.Hairul atau Hairul Azreen Idris, 37, berkata keputusan melamar Hanis lebih sedekad lalu merupakan antara keputusan terbaik yang pernah dibuat. “Tak tahu nak cakap macam mana yang saya sangat cinta dengan Hanis. Hanis (kiri) sentiasa memberi sokongan terhadap minat Hairul.“Bila tulis kapsyen ini pun terasa nak menangis, tak sia-sia saya berusaha melamar dia atas pentas pada 4 Jan 2015, tunang 21 Mac 2015 dan kami nikah 5 Jun 2015," katanya. Hairul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam perkongsian sama, pelakon itu turut memuat naik video yang memaparkan Hanis hadir memberikan sokongan kepadanya ketika menyertai sebuah pertandingan kecergasan di Jakarta pada 28 Jun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Sekufu tentang prinsip hidup, Hanis Zalikha bertuah dapat suami macam Hairul AzreenARTIKEL BERKAITAN: Baru sembuh kecederaan lutut, Hairul Azreen terpaksa tahan sakit otot lengan pula terkoyakMengimbau kembali detik awal hubungan mereka, Hairul berkata dia masih mengingati saat Hanis hadir memberi semangat kepadanya pada peringkat akhir program realiti Fear Factor pada 30 Mac 2013.“Saya masih teringat masa dia datang peringkat akhir Fear Factor 30 Mac 2013. “Saya sayang awak sangat, baby (panggilan Hanis),” ujarnya. Untuk rekod, Hairul mencipta momen romantis apabila melamar Hanis secara langsung di pentas program hiburan Gegar Vaganza pada 4 Januari 2015.Ketika itu, Hairul muncul bersama barisan penari membuat persembahan dengan kumpulan Kristal menerusi lagu Marry Me nyanyian Bruno Mars, sebelum melakukan aksi breakdance dan melamar Hanis di hadapan penonton.Hairul (kiri) dan Hanis (dua dari kanan) dikurniakan dua orang cahaya mata.Hanis kemudian dijemput naik ke pentas oleh pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagi menyempurnakan detik istimewa tersebut.Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 21 Mac 2015 sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 5 Jun tahun yang sama.Hasil perkahwinan, Hairul dan Hanis dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 10, dan Alisa Aisyah, 7.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!