PENYANYI Naqiu kini lebih menjaga eksklusiviti dirinya selepas mengambil pengajaran daripada pengalaman lama. Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, berkata fokusnya ketika ini adalah melakukan kerja belakang tabir selain meluangkan masa bersama keluarga tercinta. "Saya rasa ini sudah tahun yang ketujuh saya 'comeback', apa yang saya belajar ialah keluar hanya bila perlu dan ada produk baharu sahaja. Naqiu dalam perancangan menjayakan beberapa projek seni."Apa yang saya belajar ialah kena jaga eksklusiviti. Kalau sebelum ini, saya keluar benda tidak berapa penting dan ada cerita-cerita pecisan buatkan saya tidak suka benda itu. "Jadi saya rasa lebih baik habiskan masa bersama keluarga dan juga buat kerja belakang tabir sahaja. "Saya masih lagi menulis lagu dan juga tolong orang-orang yang bertanding," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ‘back up’ Aisha Retno isu ubah lirik lagu Indonesia... Jangan sekat kreativiti penyanyiARTIKEL BERKAITAN: [V] Naqiu hilang sabar, dedah perbuatan individu cuba perdaya dan burukkan namanyaMenjawab mengenai kerjaya seninya sudah pudar akibat jarang keluar di televisyen, Naqiu tampil menceritakan situasi sebenar. "Saya faham benda itu. Tahun lepas, saya masuk dua pertandingan, jadinya tahun ini kalau buat benda yang sama, orang akan bercakap dan kata bosan dan sebagainya. "Dalam erti kata lain, kita kena sedar ruang. Tidak boleh selalu keluar dan nanti eksklusiviti kita sebagai penyanyi akan jatuh. Malah, harga seorang penyanyi juga akan jatuh."Tapi saya berasa untung sebab saya bermula dengan Boboy. Nama itu juga sudah melekat dekat saya. Keluarlah lagu apa pun, orang akan minta saya nyanyi lagu lama juga," ujarnya. Tambah Naqiu, dia kini dalam perancangan untuk menyiapkan beberapa projek seninya yang dijangka dilancarkan pada tahun depan. Naqiu menjawab dakwaan semakin sepi dalam industri hiburan."Tahun lepas saya hanya keluarkan satu lagu sahaja. Itupun sebab saja ambil angin untuk kembali bertanding semula. "Tahun ini saya hanya mendiamkan diri sahaja sebab tidak ada apa-apa lagi. Dan sedang merancang untuk projek tahun depan. "InsyaAllah tahun depan ada beberapa projek," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!