SOKONGAN peminat menjadi pendorong buat penyanyi Hussain bersaing di pentas Big Stage X Rocketfuel apabila diberi peluang sebagai peserta ke-11.Menurut Hussain, 23, undian tinggi yang diterimanya membuktikan ramai peminat merindui nyanyiannya, sekali gus menyuntik semangat untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan. "Bila tengok ramai yang mengundi nak saya masuk semula dan ada yang rindu dengan suara saya, jadi saya rasa masih ada yang ingat saya. Tanpa mereka, tiadalah saya.Hussain hargai peminat yang menyokong."Saya akan cuba kuatkan mental untuk lapan minggu lagi. Insya-Allah kalau boleh saya nak sampai ke final," katanya kepada mStar.Hussain berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai minggu pertama Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.Selain Hussain, empat lagi peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), iaitu Azeva, Viviana, Cik B dan Kim Khairii turut berebut kerusi sebagai peserta Big Stage X Rocketfuel.Namun undian peminat memihak kepada Hussain.ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki terjawab, Hussain sah peserta ke-11 Big Stage X RocketfuelARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X RocketfuelBerkongsi mengenai persiapannya, Hussain mengakui cabaran di Big Stage X Rocketfuel jauh berbeza berbanding TTMM2.Katanya, jika TTMM2 lebih menitikberatkan aspek persembahan secara keseluruhan manakala Big Stage X Rocketfuel pula lebih menguji kekuatan vokal dan aura seorang penyanyi. "Cabaran memang berbeza. Sebelum ini dalam Talk To My Manager lebih kepada persembahan, tapi Big Stage lebih fokus kepada vokal dan aura."Saya anggap semua peserta sebagai keluarga dan inspirasi untuk saya terus memperbaiki diri, bukannya pesaing yang perlu didengki," ujarnya.Hussain mampu beri persaingan dari segi vokal.Sementara itu, Hussain berkata dia sempat berehat seketika selepas menamatkan saingan di TTMM2, termasuk menikmati makanan kegemarannya iaitu durian.Bagaimanapun, dia terpaksa 'berpuasa' daripada menikmati raja buah itu sepanjang lapan minggu pertandingan bagi memastikan kualiti vokalnya kekal terjaga."Ayah saya memang tak benarkan makan durian sebab takut ganggu suara. Tapi memang mencabar sebab sekarang musim dan harga pun murah."Kalau lalu depan gerai durian saya tutup mata saja. Kena kawal nafsu," selorohnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!