suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sera Melissa alami gangguan mental akibat dituduh pembuli zaman sekolah

Sera elak baca media sosial buat seketika.

PELAKON Sera Melissa mendedahkan kesihatan mentalnya terjejas susulan dakwaan tular yang menuduh dia pernah menjadi pembuli ketika zaman persekolahan.

Sera, 27, berkata, walaupun hantaran asal yang mengaitkan namanya sudah dipadam, kesan daripada tuduhan tersebut masih dirasai apabila ada pihak terus menunggang isu berkenaan.

"Saya pun dalam keadaan terkejut sebab perkara macam ini tak pernah berlaku. Bila dapat tahu mengenai dakwaan itu memang saya terkejut.

Sera sebelum ini membuat laporan polis berhubung tuduhan tidak berasas.

"Ia mengganggu mental saya. Bagi saya, kesan mental akibat buli siber memang benar-benar sakit," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Sera berkata dia hanya mengetahui mengenai dakwaan itu selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan terdekat yang menghantar hantaran tersebut kepadanya.

Malah, sehingga kini individu berkenaan juga tidak pernah menghubunginya atau tampil membersihkan semula tuduhan yang dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sera Melissa buat laporan polis susulan dakwaan membuli rakan zaman sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit wajah jadi kecaman netizen, Sera Melissa kecil hati kena kutuk

"Itu yang saya betul-betul tak pasti sebab perkara buli yang dinyatakan itu memang tidak pernah berlaku.

"Benda itu tak betul. Saya masih berkawan dengan kawan-kawan sekolah saya, jadi memang tak ada isu seperti yang didakwa.

"Dia pun terus senyap dan tiada sebarang urusan lagi dengan dia selepas saya buat laporan polis," ujarnya.

Mengulas tanggapan segelintir netizen yang menyifatkan dirinya mempunyai 'aura pembuli', Sera percaya persepsi itu timbul kerana sering membawakan watak antagonis dalam drama.

Lakonan hanyalah lakonan, bukan diri saya yang sebenar.

SERA MELISSA

PELAKON

"Saya perasan benda itu. Mungkin sebab kebanyakan watak yang saya dapat adalah watak rebel, kurang watak baik.

"Dah bertahun-tahun saya bawa watak macam itu, jadi mungkin orang menilai saya berdasarkan lakonan.

"Lakonan hanyalah lakonan, bukan diri saya yang sebenar. Saya sendiri seorang yang anti-buli dan memang menentang perbuatan buli," luahnya.

Sera terkejut dengan dituduh sebagai pembuli.

Sebelum ini, tular di platform Threads hantaran seorang individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa buli oleh seorang pelakon wanita.

Individu terbabit berkata dia tidak berniat menjadikan perkara itu tular, namun mengakui masih belum mampu memaafkan individu yang didakwa membulinya.

Susulan dakwaan tersebut, Sera membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain