suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sera Melissa buat laporan polis susulan dakwaan membuli rakan zaman sekolah

Sera tegas ambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah.

PELAKON Sera Melissa tampil membuat laporan polis susulan timbul dakwaan dia melakukan tindakan buli terhadap seorang individu ketika masih berusia kanak-kanak.

Enggan namanya terpalit dengan cerita tidak benar, Sera, 27, juga sedia memberi penjelasan kepada individu berkenaan menerusi saluran yang betul tanpa menyebarkan sebarang dakwaan palsu. 

"Saya memandang serius perkara ini. Sekiranya individu berkenaan benar-benar merujuk kepada saya, saya bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta mendapatkan penjelasan melalui saluran yang sewajarnya.

Sera nafi melakukan tindakan buli. 

"Saya membuat laporan polis dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang," katanya. 

Sera menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya berserta gambar di berada di hadapan Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dipercayai ketika dia selesai membuat laporan.

Tambah pelakon ini, meskipun hantaran yang dibuat individu tersebut tidak mendedahkan sebarang nama, namun maklumat diberikan seolah merujuk kepada dirinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit wajah jadi kecaman netizen, Sera Melissa kecil hati kena kutuk 

ARTIKEL BERKAITAN: Adzrin Adzhar jalani pembedahan buang sel kanser

Menurutnya perkongsian tersebut juga memberi kesan kerana menerima banyak kecaman di media sosial. 

"Hantaran tersebut turut menyebut nama watak serta tarikh lahir saya, sekali gus menyebabkan orang ramai mengaitkan dakwaan itu dengan diri saya.

"Susulan hantaran berkenaan, saya telah menerima pelbagai tohmahan dan kecaman," jelasnya. 

Nama Sera menjadi bualan selepas timbul dakwaan melakukan tindakan buli. 

Sebelum ini tular di laman Threads hantaran seorang individu mendakwa dia menjadi mangsa buli yang dilakukan oleh seorang pelakon wanita. 

Individu berkenaan bagaimana memberitahu dia tidak mahu menjadikan perkara itu tular namun enggan memaafkan perbuatan pembuli. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia