suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koplove 'goyang' KL 1 Ogos depan

Konsert koplo satukan orang ramai menerusi nyanyian dan tarian.

FENOMENA muzik koplo yang semakin mendapat tempat di hati peminat bakal terubat menerusi konsert Koplove Live In Kuala Lumpur di VOX Live Kuala Lumpur, Platinum Park pada 1 Ogos depan.

Acara yang bermula pad pukul 8 malam itu bakal menampilkan dua DJ koplo popular dari Indonesia iaitu Start Koplo dan Lilo, serta diserikan DJ tempatan, DJ Alink.

Menurut wakil Ace Talents iaitu Azuein Alonto, pihaknya memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran kerana melihat sambutan terhadap muzik Indonesia di Malaysia semakin memberangsangkan.

DJ Start Koplo (kiri) dan DJ Lilo bakal bertemu peminat di Malaysia.

"Daripada pop, indie sehinggalah dangdut dan koplo, semuanya kini semakin mendapat perhatian terutama di media sosial.

"Kami percaya koplo bukan sekadar genre muzik, sebaliknya satu pengalaman yang menyatukan orang ramai menerusi nyanyian, tarian dan interaksi bersama," katanya.

Kata Azuein, pemilihan Start Koplo dan Lilo sebagai artis utama selepas melihat keduanya mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan budaya koplo moden.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Kelate Ke KL 2026 peluang penyanyi wanita Kelantan beraksi di pentas besar

ARTIKEL BERKAITAN: MCR, Evanescence datang KL November depan

"Start Koplo terkenal dengan pendekatan kreatif menggabungkan lagu popular bersama identiti koplo yang segar dan dekat dengan generasi muda.

"Lilo pula memiliki gaya persembahan bertenaga dan mampu membaca emosi penonton dengan baik, sekali gus melengkapkan pengalaman yang ingin kami tampilkan," ujarnya.

Dalam masa sama, Azuein menjelaskan penganjuran Koplove bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya platform membina komuniti peminat muzik koplo di Malaysia.

DJ Alink turut memeriahkan suasana pada 1 Ogos nanti.

"Kami sering menggunakan frasa 'Be Part of The Movement' kerana kami percaya Koplove bukan hanya mengenai siapa yang berada di atas pentas, tetapi semua yang hadir menjadi sebahagian daripada pengalaman itu.

"Kami berharap acara ini menjadi titik permulaan kepada komuniti koplo yang lebih besar di Malaysia, selain membuka peluang kolaborasi budaya antara Malaysia dan Indonesia pada masa depan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia