BEKAS pemain bes kumpulan Wings, Eddie, selamat kembali mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Juliha pada pagi Jumaat.Bercakap ringkas kepada mStar, Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 58, meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar. "Alhamdulillah. Dah selamat bernikah," ujarnya.Majlis penikahan Eddie turut dihadiri teman rapat Black Wings (tengah). Eddie bagaimanapun tidak dapat memberi komen panjang kerana masih sibuk melayan tetamu pada majlis pernikahannya.Difahamkan, mereka bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah, Ayer Keroh, Melaka sekitar pukul 11 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Eddie Wings meninggal dunia ketika dialisis ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Setiap manusia ada had” – Black, Eddie buka cerita pengunduran daripada WingsEddie juga memberitahu isterinya merupakan seorang guru prasekolah.Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua buat Eddie selepas isterinya, Allahyarham Norlela Mohd Yusof, meninggal dunia pada Julai 2023.Norlela menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang pada usia 61 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!