DALAM diam, penyanyi Wani Syaz mendedahkan dirinya sudah menjadi tunangan kepada Habib Safwan, 23, dalam satu majlis yang berlangsung di kediamannya di Batu Pahat, Johor pada 27 Jun lalu.Berkongsi tentang fasa baharu kehidupannya, Wani atau Nursyazwani Selamat, 29, memberitahu dia dan Habib mengambil masa selama tiga tahun untuk berkenalan sebelum sama-sama bersetuju mengikat tali pertunangan. "Dalam tempoh tiga tahun kami ambil masa untuk saling mengenali dengan lebih rapat. Awalnya ada juga rasa takut nak bertunang, tetapi saya sendiri rasa tidak mahu terlalu lama. Kira-kira dua bulan lepas dia cakap untuk ikat hubungan ini dengan pertunangan dahulu.Wani yakin dengan pilihan hatinya. "Keluarga kedua-dua belah pihak menguatkan hubungan kami dan membuatkan saya yakin untuk melangkah ke fasa seterusnya. Dia juga terlibat dalam bidang perniagaan dan sebab itu saya rasa serasi," katanya ketika dihubungi mStar.Menurut penyanyi lagu Lepaskanlah ini, mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh pernikahan, namun merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun.Bercakap lanjut, Wani juga mengakui perbezaan usia antara mereka bukanlah satu penghalang untuk dia mengenali Habib dengan lebih rapat.ARTIKEL BERKAITAN: Wani Syaz akui kecil hati sering dibandingkan dengan Wany Hasrita ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Wani Syaz ‘bergelek’ tarian padang pasir pula dalam MV Habibi - “Selagi ia tidak nampak berlebihan saya ikut saja”Meskipun pada awalnya berasa ragu-ragu, namun kesungguhan dan keperibadian Habib membuatkan dia yakin bahawa lelaki itu adalah pilihan terbaik."Pertama kali berjumpa ketika sambutan ulang tahun kelahiran saya. Selepas itu dia mula 'pancing' saya dengan mengajak pergi ke kafe-kafe menarik."Masa awal berkenalan dia panggil saya 'kakak'. Saya pun takut sebab ketika itu usia dia baru 20 tahun. Risau tidak serasi. Ibu saya sendiri yang beri sokongan untuk cuba kenal Habib dengan lebih rapat. Saya pun takut sebab ketika itu usia dia baru 20 tahunWANI SYAZPENYANYI"Saya pun dapat lihat kesungguhan Habib apabila dia bawa ibu bapanya datang ke kedai saya," kongsinya.Penyanyi ini dalam masa sama sedar status sebagai tunangan orang bagaikan satu persediaan untuk dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri selepas bernikah kelak. Wani sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri. "Apabila dah bertunang kenalah bersedia untuk jadi isteri. Walaupun sekarang masih 50-50 bersedia, takkan tak nak bergerak untuk beranikan diri."Saya tidaklah mengharapkan kesempurnaan kerana tahu semua orang ada kekurangan. Jadi doakan yang terbaik," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!