suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Red selamat bernikah kali keempat

Datuk Red dan Rohanita kongsi khabar gembira bersama peminat.

BEKAS suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red kembali bergelar suami buat kali keempat apabila selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Rohanita, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada pagi Jumaat.

Beliau yang nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, berkata, majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, dia menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak menyediakan hantaran.

Red dan Rohanita sedondon mengenakan busana berona putih.

Menurut Adnan, tarikh pernikahan dipilih bersempena bulan kelahiran isterinya. Malah, katanya mereka sengaja mengadakan majlis secara sederhana dan merahsiakan daripada pengetahuan umum.

"Saya pilih bulan ini sebab ia bulan kelahiran isteri saya. Majlis ini memang tanpa kehadiran anak-anak atau bekas isteri. Kami buat secara mengejut dan rahsiakan daripada semua orang.

"Tapi pada 24 Julai nanti kami akan adakan majlis bersanding. Harapnya pada hari itu anak-anak saya dapat hadir untuk meraikan hari bahagia kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red dedah bakal nikah Julai depan

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red terkilan tidak dapat tiket ke final TTMM2

Dalam pada itu, Adnan berharap perkahwinan kali keempat ini menjadi yang terakhir dan kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya harap ini perkahwinan terakhir saya. Alhamdulillah, masih ada insan yang sanggup menerima saya seadanya.

"Selepas ini saya cuma mahu fokus kepada perniagaan dan tidak lagi memikirkan hal-hal peribadi," ujarnya.

Menurut Adnan, kehadiran Rohanita turut memberi semangat baharu kepadanya, terutama ketika melalui fasa kehidupan yang mencabar.

Saya akan buat apa sahaja untuk dia.

DATUK RED

Jelasnya, hanya kesetiaan dan kasih sayang yang dapat diberikan buat isterinya itu.

"Memang betul saya nak ada seseorang yang menjaga saya, beri semangat dan bantu saya berniaga.

"Dia terima saya ketika saya tak ada apa-apa. Waktu orang lain membenci saya, dia memilih untuk terus bersama saya.

Kemesraan Red dan Rohanita sering jadi perhatian netizen.

"Saya janji saya akan sayang dan setia kepada dia. Cuma saya tak boleh janji saya akan sihat selama-lamanya. Saya cuma harap dia sentiasa mendoakan kesihatan saya dan saya akan buat apa sahaja untuk dia," luahnya.

Terdahulu, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia