suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Red terkilan tidak dapat tiket ke final TTMM2

Adnan (kiri) terkilan tidak dapat menyaksikan persembahan Anggrek di pentas akhir.

BEKAS suami penyanyi Adira Suhaimi, Adnan Abu menjawab persoalan mengenai ketiadaannya di pentas akhir program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) pada malam Ahad bagi menyaksikan persembahan anaknya, Anggrek.

Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 48, berkata dia telah cuba untuk mendapatkan tiket masuk ke Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyaksikan persembahan secara langsung, namun usahanya itu tidak berjaya. 

"Saya tak dapat tiket. Saya reda cuma terasa hati takkan satu tiket untuk bapa pun tak ada. Saya dah cuba hubungi pengurus Adira, dia kata tak ada peruntukan untuk saya. 

"Saya hubungi orang Astro pun tak ada jawapan. Takkanlah tak ada tiket saya nak pergi. Saya hanya nak tengok anak saja. 

Adnan tumpang bangga melihat kejayaan Anggrek.

"Saya malas nak bising-bising sekarang, tak mengapalah," katanya ketika dihubungi mStar.

Meskipun tidak dapat hadir, Adnan tetap mengikuti siaran program itu dari rumah dan meluahkan rasa bangga atas kejayaan Anggrek yang muncul sebagai juara.

"Kadang-kadang kalau nak cakap nanti ramai orang kecam sebab tak suka saya. Sejahat-jahat seorang bapa, saya tetap bangga dengan kejayaan anak. 

"Kalau saya cakap lebih nanti orang kata saya 'claim' lebih. Memang daripada Anggrek 'kosong' sampailah dia berjaya sekarang bukan daripada usaha saya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Duit kemenangan milik Anggrek sepenuhnya - Adira

ARTIKEL BERKAITAN: Anggrek juara TTMM2, anak layak menang - Adira

"Tapi sebagai bapa saya tetap menyokong dan menonton seorang diri di rumah. Menitik juga air mata saya lihat Anggrek menang malam tadi (Ahad)," ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan berkata dia masih belum menghubungi Anggrek selepas kemenangan tersebut kerana komunikasi dengan anak-anaknya hanya dilakukan melalui pembantu rumah.

"Selepas Anggrek menang saya tak ada menghubunginya kerana saya hanya boleh berkomunikasi dengan bibik (pembantu rumah) saja. 

"Saya masih lagi mengikut perintah hadanah kalau nak bertemu dengan anak-anak bolehlah. Tapi kalau untuk berkomunikasi memang saya tak ada nombor telefon Anggrek. 

"Saya pun tak ada berhubung dengan Adira sebab dia masih sekat nombor saya," jelasnya. 

Mengulas lanjut mengenai minat Anggrek untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian, Adnan menjelaskan dia tidak menghalang hasrat anak itu dan menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan kerjaya kepada Adira selaku penjaga.

Persembahan Anggrek di pentas akhir TTMM2 berjaya meraih perhatian ramai.

"Saya tidak menghalang sekiranya Anggrek mahu jadi penyanyi. Saya tak boleh halang sebab semua urusan kerjaya di bawah penjagaan ibunya (Adira). 

"Saya doakan kalau itu yang terbaik buat Anggrek, cuma jangan tersalah langkah saja tapi saya yakin dia di bawah jagaan ibunya, insya-Allah boleh," katanya. 

Untuk rekod, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April lalu. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain