suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aisha Retno bawa tuah pada pasangan duet

Aisha bantu serlahkan lagi bakat Anggrek di TTMM2.

PENYANYI Aisha Retno menegaskan kemenangan peserta Talk To My Manager (TTMM), bukanlah disebabkan dirinya membawa tuah seperti didakwa segelintir pihak.

Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, sebaliknya menyifatkan kemenangan itu hasil usaha dan kerja keras peserta itu sendiri.

“Saya hanyalah pemangkin untuk membantu persembahan mereka menjadi lebih bersemangat. Tetapi kali ini memang rasa macam menusuk ke jiwa sedikit. 

Aisha (kiri) kagum dengan bakat dimiliki anak Adira (kanan) iaitu Anggrek (tengah).

"Anggrek yang kecil-kecil cili padi itu, Masya-Allah memang layak dinobatkan sebagai juara berdasarkan persembahannya malam ini.Dua-dua persembahannya sangat sempurna,” katanya kepada mStar.

Menurut Aisha, kemenangan Anggrek memberi perasaan deja vu kejayaan peserta musim pertama, Marsya Qistina yang turut muncul juara selepas berduet dengannya.

Namun dia berharap perjalanan seni Anggrek selepas ini akan dipenuhi dengan perkara-perkara positif.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan hati, pergi solat” - Aisha Retno tegur pengguna Threads, minta henti bandingkan dengan rakan artis lain

ARTIKEL BERKAITAN: Anggrek juara TTMM2, anak layak menang - Adira

“Saya harap selepas ini hanya perkara yang baik-baik sahaja menanti Anggrek dan apa yang penting, bakat yang dimiliki itu terus digilap tanpa mengabaikan pelajarannya,” kongsinya.

Bercakap mengenai kemungkinan menghasilkan lagu buat Anggrek pada masa akan datang, Aisha mengakui perkara itu sudah berada dalam perancangannya.

“Dengan hati terbuka, sesiapa sahaja yang sudi menerima karya saya, saya akan hasilkan.

“Saya perlu fikir apakah identiti atau trademark Anggrek. Sudah tentu tarian dan elemen persembahan antara perkara yang perlu diberi perhatian.

Aksi bertenaga Anggrek dan Aisha tambat hati juri TTMM.

“Jadi, perkara itu memang sudah ada dalam perancangan,” jelasnya.

Sebelum ini, Aisha dan Anggrek menerima pujian ramai apabila berduet menerusi lagu Sutera dalam program berkenaan.

Pada musim lalu, Aisha bergandingan dengan Marsya menerusi lagu Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith di pentas akhir TTMM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain