suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Adira Suhaimi juara TTMM2

Anggrek dinobat sebagai juara TTMM musim kedua.

ANAK kepada penyanyi Adira Suhaimi, Anggrek berjaya memukau hati juri sekali gus dinobatkan juara program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Anggrek menewaskan empat peserta lain iaitu Azeva, Cik B, Hussain dan Kim Khairi.

Pada malam kemuncak itu, Anggrek bersama ibunya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Adira yang terharu dengan kemenangan anaknya mengakui usaha serta kerja keras Anggrek menjadi faktor utama kejayaan tersebut.

Persembahan Anggrek berjaya memukau hati juri.

Persembahan Anggrek berjaya memukau hati juri.  

“Saya tak sangka dan memang tak bersedia, tapi saya rasa Anggrek memang layak sebab usaha dan kerja keras dia. Semua yang dia buat atas pentas adalah hasil usaha sendiri,” katanya.

Sementara itu, Anggrek meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang diraih.

“Saya dah menang, Alhamdulillah,” ujarnya ringkas.

Anggrek membawakan lagu Aku Stacy nyanyian asal Stacy, manakala pada pusingan duet, dia bergandingan bersama Aisha Retno menerusi lagu Sutera.

ARTIKEL BERKAITAN: Marsya juara TTMM, Liza Hanim sebak tumpang rezeki anak

ARTIKEL BERKAITAN: Amarra, Azad Jasmin tersingkir tak layak ke pentas akhir TTMM2

Tempat kedua pula dimenangi pasangan Jamilulhayat dan Hussain yang membawa pulang RM15,000 serta trofi.

Pasangan Datuk Seri Vida dan Cik B menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM10,000 berserta trofi.

Ketiga-tiga pemenang turut menerima peruntukan pengurusan dan pemasaran tajaan Rocketfuel Entertainment serta peluang merakamkan single.

Selain itu, mereka turut menerima hadiah tambahan berupa emas tajaan Payang Jewellery dan pakej penginapan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Sementara itu, pasangan Datuk A. Aida bersama Azeva serta Safura dan Kim Khairi  masing-masing berpuas hati di tempat keempat dan kelima, selain membawa pulang RM5,000 serta trofi.

Hussain berjaya menempatkan diri sebagai naib juara.

Hussain berjaya menempatkan diri sebagai naib juara.

Dalam pada itu, Anugerah Manager Paling Perform dimenangi oleh Jamilulhayat dan Hussain yang turut membawa pulang wang tunai RM1010,10 serta percutian kapal mewah.

Anugerah Kasih Eskayvie pula menjadi milik Adira Suhaimi dan Anggrek dengan hadiah wang tunai RM10,000.

Kesemua peserta dihakimi oleh juri tetap Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal, selain dua juri jemputan iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.

Program ini dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) serta platform Astro Go setiap Ahad pada pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain