suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duit kemenangan milik Anggrek sepenuhnya - Adira

Adira dan Anggrek gelar juara TTMM2.

PENYANYI Adira Suhaimi selaku pengurus juara Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Anggrek masih belum merancang penggunaan wang kemenangan mereka.

Namun Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35,  menegaskan hadiah berkenaan adalah hak milik Anggrek sepenuhnya.

"Berilah kami sedikit masa untuk fikir sebab bukanlah kita tahu dari awal yang kita akan menang.

Anggrek melambai ke arah peminat apabila diumumkan sebagai juara.

"Mungkin nanti kami akan berbincang dengan Anggrek juga, tetapi duit itu memang milik dia. Insya-Allah," katanya kepada mStar.

Adira berkongsi perkara itu sejurus tamat konsert akhir TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam Ahad.

Dalam pada itu, Adira mengakui dia tidak pernah menyangka anaknya memiliki bakat luar biasa sehingga mampu menggalas pelbagai cabaran sepanjang pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Adira Suhaimi juara TTMM2

ARTIKEL BERKAITAN: Amarra, Azad Jasmin tersingkir tak layak ke pentas akhir TTMM2

Menurut penyanyi lagu Pujaan Hati itu, kemampuan Anggrek mempersembahkan pelbagai genre lagu sambil menari dan menghafal lirik membuatkan dia kagum dengan bakat dimiliki anaknya.

"Kalau nak cakap jujur, saya memang tidak pernah menjangkakan dia sehebat ini. Semua ini adalah pinjaman dan anugerah daripada Allah.

"Kalau saya sendiri, selepas 16 tahun berada dalam industri pun saya rasa belum tentu mampu melakukan seperti dia. Sebab itu saya rasa Anggrek adalah anugerah yang sangat luar biasa," ujarnya.

Kemenangan Anggrek turut diraikan peserta TTMM2 yang lain.

Sementara itu, Adira berkata Anggrek sememangnya mempunyai jiwa seorang penghibur dan gemar membuat persembahan di hadapan penonton.

Malah, dia juga sudah mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan perjalanan karier seni Anggrek dapat diuruskan dengan baik pada usianya yang masih muda.

"Karakter dia di luar pentas memang lain. Tapi bila dia naik ke atas pentas, dia jadi orang yang berbeza.

"Tapi apabila dia turun dari pentas, dia tetap Anggrek yang sama. Dia masih lagi anak Adira Suhaimi," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain