suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya tempat ketiga TTMM2, Cik B ‘melepas’ RM150,000, percutian ke Barcelona

Cik B jalani kehidupan seperti biasa selepas habis TTMM2.

ANAK kepada usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Cik B terpaksa berputih mata apabila tidak berjaya menerima ganjaran hadiah bernilai RM150,000 yang dijanjikan ibunya sekiranya bergelar juara Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, bagaimanapun bersyukur apabila kedudukan di tempat ketiga secara tidak langsung ‘menyelamatkan’ poket ibunya.

“Mama kata dia akan bagi wang tunai RM150,000 dan bawa saya bercuti ke Barcelona, Sepanyol kalau jadi juara.

Cik B dan Vida berpuas hati dengan tempat ketiga.

“Selain itu, kalau saya menang, semua kakitangan di pejabat saya pun akan dapat cuti. Tapi rezeki saya sekadar tempat ketiga, nasib baik, selamat juga poket mama,” katanya kepada mStar.

Cik B berkongsi perkara itu selepas konsert akhir TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

Menurut Cik B, ibunya tidak menjanjikan sebarang ganjaran lain sekiranya dia hanya berjaya ke peringkat akhir seperti peserta lain.

“Mama tak janji apa-apa selain untuk juara sahaja. Saya okey, jalani hidup macam biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B tak berkira keluar duit untuk kawan... “Kalau orang belanja, saya pula kasihan dengan diri sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sayang Anggrek, sanggup berkorban tersingkir… “Saya nak belikan dunia ini untuk dia”

“Sebenarnya saya boleh sahaja minta, contohnya kalau dapat tempat ketiga, boleh tak nak RM30,000? Tapi mama memang sangat menyokong, apa sahaja yang saya minta, dia tak pernah cakap tidak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cik B percaya ibunya mungkin akan tetap memberikan kejutan memandangkan sikap pemurah Vida yang sudah sebati.

“Tahu tak pasal Lamborghini Urus yang saya dapat baru-baru ini? Sebelum ini saya tak pernah minta apa-apa. Mama yang tanya saya nak hadiah apa untuk hari jadi.

Cik B hanya bawa pulang RM10,000 di konsert akhir TTMM2.

“Masa itu saya dah tak tahu nak minta apa sebab semuanya mama dah bagi. Jadi saya saja cakap Lamborghini Urus, tiba-tiba dapat.

“Mama memang suka buat kejutan. Sebab itu kadang-kadang saya tak beritahu apa yang saya nak sebab takut mama terus belikan. Sekarang pun rasa macam dah membazir,” luahnya.

Cik B berjaya mendapat kedudukan tempat ketiga TTMM2 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta sebuah trofi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain