suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Nana Mahazan tak merajuk, masih sokong TTMM

KEMUNCULAN penyanyi dan penyampai radio, Nana Mahazan dan anaknya Althea di pentas akhir Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menjadi perhatian ramai selepas didakwa merajuk dari program itu.

Tampil menjelaskan perkara itu, Nana, 43, menjelaskan komitmen kerja yang padat menjadi faktor utama dia tidak dapat hadir memberi sokongan kepada peserta TTMM2 pada setiap minggu.

"Bukan tak sokong. Masa dalam program itu pun, kami balik rumah selepas selesai penggambaran, cuci mekap, solat dan tidur pun sudah pukul 2 pagi.

Nana dan Althea (kiri) gembira bertemu rakan TTMM2.

"Pukul 4 pagi pula sudah kena bangun sebab ada komitmen kerja. Althea pun perlu ke sekolah. Jadi saya rasa tidak wajib untuk saya hadir setiap minggu kerana saya ada tanggungjawab lain yang perlu diutamakan," katanya kepada mStar.

Walaupun tidak hadir secara fizikal pada setiap minggu, Nana berkata dia dan anaknya tetap mengikuti perkembangan program tersebut dari rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan jawab dakwaan merajuk selepas tersingkir TTMM2

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan malu nak merungut, terkesan dengar ujian berat insan lain… “Kisah ibu bapa layan anak macam orang asing paling meruntun jiwa”

Malah, hubungan mereka dengan peserta lain juga baik dan tiada sebarang isu merajuk seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

"Kami tengok dari rumah, kami sorak dari rumah. Cuma saya pun tidak sempat tengok sampai habis kerana pukul 10.30 malam saya sudah tidur sebab esoknya perlu bertugas sebagai penyampai radio.

"Tiga minggu itu memang saya hanya tidur dua hingga tiga jam sehari. Jadi memang tiada isu merajuk atau tidak menyokong sesiapa," ujarnya.

Sementara itu, Althea turut menjelaskan faktor persekolahan menjadi antara sebab utama dia tidak dapat menghadiri program berkenaan setiap minggu.

Althea jaga jadual persekolahan selepas tersingkir TTMM2.

"Saya memang selalu ajak mummy pergi. Tapi mummy tanya siapa nak ambil lepas habis program lewat malam.

"Esoknya pula saya perlu bangun awal untuk ke sekolah, jadi memang tak sesuai," luahnya.

Sebelum ini, netizen menuduh dirinya merajuk dan enggan memberi sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan selepas tersingkir daripada program TTMM2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain