PENYANYI dan penyampai radio Nana Mahazan tampil menjawab dakwaan netizen yang menuduh dirinya merajuk dan enggan memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan selepas tersingkir daripada program realiti Talk To My Manager 2 musim kedua (TTMM2).Isu tersebut mula tular selepas ada pengguna media sosial mempersoalkan ketiadaan Nana, 43, dan anaknya sebagai penonton sedangkan beberapa peserta lain yang tersingkir masih hadir memberikan sokongan. "Saya perhatikan artis yang tersingkir akan muncul sebagai penonton untuk konsert minggu depan seperti Fariedz Fazley, Ratu, Viviana. Nana dan Althea tetap beri sokongan kepada rakan seperjuangan."Tapi tidak pernah tengok Athea dan Nana hadir. Kenapa ya? Tidak mahu beri sokongan ke dekat kawan-kawan yang masih berada dalam program itu atau merajuk?" soal individu berkenaan di halaman Threads pada malam Rabu.Tidak mahu spekulasi tersebut berlarutan, Nana tampil mempertahankan diri dan menjelaskan ketiadaannya adalah disebabkan komitmen kerja selain Althea yang masih lagi bersekolah. Kata penyampai radio Zayan, dia perlu mengutamakan tanggungjawab itu terlebih dahulu memandangkan TTMM2 berlangsung sehingga lewat malam.ARTIKEL BERKAITAN: [V] TTMM bukan tempat Althea bawa kelainan, Nana Mahazan tetap bangga anak tersingkirARTIKEL BERKAITAN: Cabaran untuk anak, Nana Mahazan harap Althea fasih bahasa Melayu selepas sertai TTMM2"Assalamualaikum. Sebab Isnin saya kerja bangun pukul 4 pagi dan Althea sekolah. "Masa konsert itu memang sengsara nak pergi kerja sebab saya tidur lambat sangat. Itulah, tak naklah nanti kerja tidak perform kan," ujarnya. Dalam pada itu, Nana berkata dia dan Althea bakal hadir ke minggu akhir program itu bagi memberikan sokongan kepada peserta lain. Nana dan Althea bakal hadir ke pentas akhir minggu ini. "Minggu akhir nanti insyaAllah saya dan Althea datang ya," katanya. Untuk rekod, minggu akhir TTMM2 bakal bersiaran secara langsung di Astro Ria pada Ahad pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!