suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik B tak berkira keluar duit untuk kawan... “Kalau orang belanja, saya pula kasihan dengan diri sendiri”

Cik B suka untuk belanja rakan-rakannya.

SEBAGAI tanda penghargaan dalam persahabatan, usahawan dan personaliti media sosial Cik B berkata dia langsung tidak berkira untuk berhabis wang ringgit demi memastikan rakan-rakan sekelilingnya berasa gembira.  

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, bagaimanapun menjelaskan tindakannya itu bukanlah dilakukan setiap hari, sebaliknya hanya dizahirkan pada waktu tertentu sahaja.

"Melabur atau berbelanja untuk kawan-kawan adalah 'love language' saya dalam persahabatan.

Cik B berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Saya gembira kalau dapat belikan sesuatu yang kawan-kawan inginkan tetapi bukan selalu. Mungkin pada acara yang istimewa seperti hari jadi mereka dan tidaklah berlaku setiap hari," katanya kepada mStar. 

Cik B berkongsi perkara itu ketika detemui selepas program nyanyian Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung di MBSA Shah Alam pada Ahad. 

Dalam masa yang sama, Cik B percaya amalan suka bersedekah dan menggembirakan orang lain menjadi punca pintu rezekinya sentiasa terbuka luas.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sayang Anggrek, sanggup berkorban tersingkir… “Saya nak belikan dunia ini untuk dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B tak takut kawan ambil kesempatan, syukur jika kebaikan dihargai

"Saya suka belanja makan kawan-kawan supaya dapat rezeki lebih.

"Sejujurnya saya tak nak orang belanja sebab saya selalunya akan buat pesanan lima menu terus dan kasihan kepada orang yang nak bayar.

"Kalau kawan yang belanja, saya pula kasihan dengan diri sendiri sebab dapat 'order' satu menu saja," selorohnya.

Cik B sebelum ini tular dengan sikap pemurahnya terhadap rakan, Viviana. 

Cik B bagaimanapun berkata dia tetap mempunyai prinsip tersendiri dan meletakkan had tertentu bagi mengelakkan dirinya disalah guna oleh orang sekeliling. 

"Sebenarnya saya memang ikhlas berkawan dengan semua orang dan ramai yang nampak rasa sayang saya pada kawan-kawan. Namun, dalam persahabatan perlu ada limittasi atau had.

"Contohnya, walaupun saya sayang dan berkawan dengan ikhlas tetapi saya tidak meletak 100 peratus kepercayaan pun. Senang saja, kalau dia mempergunakan saya, memang akan terus buang orang itu tetapi saya ikhlaskan segala-galanya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain