suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hati terdetik tunai umrah, Farez Adnan tak fikir panjang terus beli tiket terbang ke Makkah

Farez selamat tiba di Makkah menunaikan umrah.

TANPA perancangan rapi dan tidak berfikir panjang, penyanyi Farez Adnan nekad membuat keputusan untuk terbang ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Berkongsi perkara tersebut, Farez, 31, berkata perasaan untuk ke Tanah Suci itu datang secara tiba-tiba sehinggalah dia membuat keputusan membeli tiket penerbangan.

"Tiba-tiba hati ini nak sangat ke rumah Allah. Gusar seminggu dua ini.

Farez berkongsi video perjalanan ke Makkah. 

"Kerja gila. Semalam tengok tiket penerbangan ke Jeddah, terus beli. Rancang tiga hari, lepas itu terus terbang hari ini (Ahad)," katanya.

Farez berkongsi perkara tersebut di laman Instagram berserta video perjalanan ke sana.

Menerusi hantaran berkenaan, dia dilihat pergi seorang diri dan dihantar oleh ibu bapanya ke lapangan terbang sebelum berlepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Farez Adnan tiada lagi gaji tetap, nekad berhenti kerja demi fokus kerjaya seni 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah masuk kolej, Siti Nordiana berat hati izinkan Rayyan berdikari duduk asrama

Penyanyi itu turut menitipkan doa agar diberi kesempatan untuk membawa ibu bapanya mengerjakan ibadah haji suatu hari nanti.

"Semoga Allah beri rezeki melimpah-limpah dengan wang ringgit dan harta benda. Sebab aku memang nak kaya. Nak bawa mak ayah pergi haji pula," luahnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada netizen yang meluahkan rasa kagum melihat Farez membuat keputusan mengejut untuk ke Makkah.

Farez menyimpan hasrat membawa ibu bapanya menunaikan ibadah haji. 

Dalam ruangan komen, dia juga sempat berkongsi tip mendapatkan visa pelawat dengan cepat bagi memudahkan urusan ke sana.

"Online sahaja, 15 minit siap. Saya guna visa tahun lepas. Masih berbaki tiga bulan lagi.

"Visa pelawat sah selama setahun. 90 hari tempoh menetap," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain