PERJALANAN karier anak kepada pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syazira iaitu Amarra sudah dirancang baik meskipun dia tidak berjaya meneruskan langkah ke pentas akhir program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).Menurut Eira, Amarra bakal meneruskan perjalanan seni apabila muncul dengan single pertama hasil ciptaan penyanyi dan komposer Mimi Fly tidak lama lagi. "Saya macam biasa, sangat bangga dengan Amarra sebab sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, dia hebat, terus berjuang sampai tahap ini.Iera berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Yang penting Amarra sudah dapat lagu daripada Mimi Fly. Lagu tersebut bertajuk Slay," katanya kepada mStar ketika ditemui selepas program TTMM2 pada Ahad.Bercerita lanjut mengenai kolaborasi istimewa itu, Eira mendedahkan tawaran tersebut datang daripada Mimi Fly selepas tertarik dengan persembahan Amarra yang membawakan lagu Angkat.Iera bagaimanapun berkata mereka terpaksa merahsiakan berita gembira tersebut memandangkan Amarra masih dalam program TTMM2. ARTIKEL BERKAITAN: Amarra, Azad Jasmin tersingkir tak layak ke pentas akhir TTMM2ARTIKEL BERKAITAN: “Nak popular sangat!” - Azad Jasmin dedah wajah pembuli siber"Kita belum dedahkan sebab sebelum ini masih dalam pertandingan. Sebenarnya Mimi nak bagi lagu selepas tengok persembahan Amarra lagu Angkat. "Mimi tunggu nak tengok persembahan dia. Lepas itu Mimi hubungi Pak Azad, jadi tak tahu apa dia rancang dengan pengurus. Mimi kata ada lagu untuk Amarra," kongsinya.Eira memberitahu proses rakaman lagu tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat demi memastikan buah tangan sulung anaknya itu dapat dilancarkan segera buat para peminat."Jadi tunggu dia keluar dari sini, baru nak rekodlah. Jadi kalau ini, insya-Allah kita akan segerakanlah insya-Allah," ujarnya.Perjuangan Amarra terhenti di separuh akhir. Dalam pada itu, Amarra memberitahu dia tidak pernah berasa menyesal menyertai program realiti berkenaan meskipun menerima kecaman teruk sepanjang pertandingan itu.Bagi Amarra, usia yang masih muda membolehkan dia meneroka pelbagai bidang dan selepas ini dia akan kembali memberikan fokus kepada pertandingan tarian yang sering disertai sebelum ini."Setakat ni tak ada rasa menyesal lah, sebab Amarra muda lagi, baru 13 tahun. Jadi lepas ini saya akan tetap pergi pertandingan (tarian) dengan mereka."Walaupun saya rindukan mereka sangat-sangat untuk bersaing dalam pertandingan tarian, tapi ini (TTMM2) juga satu pertandingan dan perjalanan untuk saya. Jadi tak apalah," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!