PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah memberitahu buat masa ini dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkawinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.Bella, 32, berkata mereka juga masih belum menetapkan tarikh dan lokasi kerana mahu memberikan fokus terhadap keputusan kes rayuan mahkamah membabitkan tunangnya itu terlebih dahulu. "Sebenarnya bila tanya mengenai persediaan, saya masih belum boleh berkongsi apa-apa sangat. Bella belum sedia kongsi persiapan kahwin."Saya tidak tahu kalau kalian perasan atau tidak, sekarang ini kita lebih fokus kepada persiapan Syed Saddiq untuk 30 Jun ini, jadi sama-sama doakan," katanya kepada mStar.Bella mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di konsert Bintang Universe: The Dimension yang berlangsung di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada Ahad.Dalam pada itu, Bella memberitahu mereka akan mula memberikan fokus terhadap persiapan perkahwinan itu selepas urusan mahkamah berkenaan selesai.ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur mengenai cara pemakaian, respons Bella Astillah dipuji netizenARTIKEL BERKAITAN: Dikecam berkuku palsu, Bella Astillah pakai atas tuntutan kerja... Kebetulan sedang uzur"Selepas itu, baru kita akan kongsi kepada semua ya, jadi sekarang fokus kepada mana yang penting terlebih dahulu," ujarnya.Ditanya mengenai video prank sempena hari lahir ibunya dan isu pakaian yang digayakan di sebuah program, Bella berkata dia mengambil maklum respons netizen itu dan akan memperbaiki segala kekurangan pada masa akan datang."Apa-apa saja yang terjadi, ia sudah pun terjadi. Sekarang ini kita teruskan saja dan buat yang lebih baik di masa akan datang, terima kasih semua sebab ambil berat," luahnya.Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.Syed Saddiq kini menunggu keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan pada 30 Jun ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!