SEORANG pengguna media sosial berkongsi tentang kelembutan hati pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang secara terbuka menerima teguran mengenai cara berpakaian.Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan menunjukkan paparan mesej yang dihantar kepada Bella dan meminta penyanyi itu lebih peka dalam menjaga adab penampilan. Menjawab mesej tersebut, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, turut meluahkan rasa sedih selepas ramai mempertikaikan pemilihan gayanya.Bella terbuka menerima teguran. "Sedih juga nak jelaskan, rasa macam tak perlulah kalau orang tahu baju-baju yang saya pakai itu hadiah daripada seseorang."Tak apalah, saya cuba okey. Terima kasih sebab sayang saya," balasnya kepada pengguna media sosial berkenaan.Individu tersebut sebelum itu turut berkongsi sebuah video ketika dia secara kebetulan bertemu dengan Bella yang sedang melakukan aktiviti riadah bersama ibunya.ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam berkuku palsu, Bella Astillah pakai atas tuntutan kerja... Kebetulan sedang uzur ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sweet, Syed Saddiq puji Bella Astillah ibu luar biasa... Cerminan sikap sopan anak-anakSikap terbuka Bella menerima teguran turut mendapat pujian ramai termasuklah rasa kagum terhadap cara dia membalas mesej di media sosial.Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan pelakon itu yang menjawab teguran daripada seorang peminat secara berhemah."Setiap orang yang menegur dengan adab yang betul pasti akan diterima dan mendapat respons positif.Netizen puji cara Bella menjawab teguran. "Bella ni baik, dia sebenarnya mudah menerima teguran. Kasihan dia, orang terlalu kasar terhadapnya."Seorang Bella boleh sahaja menerima teguran, cuma kena ada adab dan caranya," komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!