suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Layan permintaan anak, Atikah Suhaime akhirnya berjaya atasi trauma main gelongsor air

Atikah lawan ketakutan demi memenuhi permintaan anak.

PELAKON Datin Atikah Suhaime berani melawan ketakutan bermain gelongsor air demi menggembirakan anak perempuannya iaitu Lyla Mulan Teh.

Menurut Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 36, permintaan anaknya untuk bermain gelongsor di sebuah taman tema air itu turut membantu mengatasi rasa trauma dalam diri. 

“Disebabkan anak, saya gagahkan diri untuk mengatasi trauma.

Atikah menunjukkan ketinggian sebuah gelongsor air yang membuatkan dia trauma. 

“Enam kali menuruni gelongsor sebab Mulan minta. Rasanya Mulan telah memulihkan trauma saya,” katanya.

Atikah berkongsi perkara tersebut di laman Threads miliknya berserta video dia memangku Mulan ketika bermain gelongsor di sebuah taman tema pada Sabtu.

Menceritakan pengalaman yang dilalui ketika kecil, Atikah memberitahu perasaan takut itu mula timbul selepas dia menyaksikan sendiri seorang individu terhantuk pada dinding kolam selepas menuruni gelongsor.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jaga kata-kata” - Atikah Suhaime selar individu perlekeh tahap pendidikan pembantu rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak putus... Atikah Suhaime jaga solat, mengaji dan berzikir

Dalam pada itu, Atikah turut memuat naik gambar yang menunjukkan ketinggian gelongsor air berkenaan.

“Trauma saya sejak kecil, takut dengan gelongsor. Sebab dulu pernah nampak orang turun gelongsor sampai terhantuk dinding kolam. Rasanya saya berumur lima tahun ketika itu.

“Saya ingat ia diperbuat daripada konkrit. Tak macam gelongsor zaman sekarang. Gelongsor itu antara yang paling tinggi,” ceritanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain