SEMPENA meraikan 50 tahun perjalanan sebagai anak seni, penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal tampil dengan sebuah program istimewa berjudul DJA Show yang memperkenalkan kembali karya-karya nyanyiannya sebelum ini.Bagi Jamal, 67, usaha yang dilakukan itu bukanlah sekadar hiburan, namun ia mampu menjadi rujukan buat peminat seni pada masa akan datang. “Niat saya melakukan rakaman secara langsung ini adalah sebagai legasi kelak.Jamal mahu karyanya terus diingati“Apabila saya sudah tiada lagi di dunia ini, sekurang-kurangnya generasi muda mempunyai bahan rujukan yang sahih untuk melihat kembali khazanah seni yang saya tinggalkan sepanjang zaman," katanya.Menurut Jamal, idea memperkenalkan konsep sebegini juga merupakan inspirasi daripada tokoh legenda tanah air seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang pernah muncul dengan program sendiri di televisyen.Malah, baginya ia juga menjadi satu penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.ARTIKEL BERKAITAN: Jamal Abdillah jalani pembedahan hernia, kemungkinan sambut raya di hospital ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah balik kampung, Jamal Abdillah sambut raya atas pentas“Sepanjang hampir lima dekad menghamburkan bakti dalam arena seni suara, saya memasang impian untuk memiliki sebuah program khas sendiri, menyamai apa yang pernah diusahakan oleh tokoh-tokoh hebat terdahulu seperti P. Ramlee, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Ahmad Daud.“Mereka mempunyai jenama rancangan televisyen tersendiri di RTM seperti P. Ramlee Show dan Saloma Show," luahnya.Bercakap lanjut, Jamal bakal merakamkan semula seleksi lagu terbaik daripada 13 buah album studio yang pernah dihasilkannya sebelum ini.Jamal sudah lama pasang impian mempunyai program televisyen sendiri. “Menerusi projek ini, saya menyanyikannya secara langsung meskipun dalam jangka masa yang panjang dan pada usia yang jauh berbeza.“Dahulu sewaktu merakamkan lagu-lagu tersebut, saya masih remaja sekitar usia 21 dan 22 tahun. Kini pada usia 67 tahun, keinginan untuk mencurahkan bakti demi peminat dan masyarakat tempatan tetap membara,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!