PASANGAN anak beranak, Amarra dan Azad Jasmin diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada separuh akhir program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) yang berlangsung pada malam Ahad. Keputusan itu sekaligus menjadikan Amarra tidak layak untuk meneruskan saingan di pentas akhir, Ahad depan. Pada minggu separuh akhir itu, Amarra yang diuruskan oleh ibunya iaitu Eira Syazira mempersembahkan lagu Intan Payung nyanyian asal Bunga menerima markah terendah. Anggrek dan Amarra berada di kedudukan dua terbawah. Sementara itu, peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Anggrek (Adira), Kim Khairi (Safura) dan Azeva anak kepada Datuk A Aida.Turut bersaing ialah Cik B (Datuk Seri Vida) dan juga Hussain (Jamilul Hayat). Minggu akhir bakal berlangsung pada 21 Jun depan.ARTIKEL BERKAITAN: Ani Maiyuni, Viviana tersingkir minggu suku akhir ARTIKEL BERKAITAN: Anak Nana Mahazan, Althea peserta pertama tersingkir TTMM2Kesemua peserta diberikan dua tugasan lagu bertemakan Malam Ini Kita Punya. Juri tetap bagi program itu ialah Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah manakala Datuk Yusry dan Noryn Aziz sebagai juri jemputan. Peserta separuh akhir TTMM2. Sementara itu, anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie sebanyak RM5,000 untuk minggu ini menjadi milik Jamilul Hahat dan Hussain. Bagi Manager Paling Perform mingguan pula adalah milik bapa kepada Hussain iaitu Jamilul Hayat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!