suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doa Lisa Surihani mahu pergi haji pada usia 40 tahun tercapai, sejuk hati dengar ucapan ‘sweet’ Yusry

Lisa bersyukur apabila doakan dimakbulkan.

PELAKON Datin Lisa Surihani reda dan berlapang dada apabila hasrat untuk menunaikan ibadah haji bersama suami iaitu Datuk Yusry Abdul Halim tidak kesampaian pada tahun ini.

Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 40, percaya setiap ketetapan yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri termasuk membabitkan urusan penjagaan anak-anak di rumah.

"Saya doa nak pergi (haji) 40 tahun, nak pergi dengan Datuk tapi tidak kesampaian. Tak dapat dengan Datuk tapi Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik.

Lisa berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Mungkin ada baiknya abang tak pergi untuk jaga anak-anak macam itulah, sebagai contoh. Atau pun ada benda-benda nikmat ataupun hikmah yang lain yang mungkin saya tak nampak.

"Mestilah perasaan dia sedikit sedih sebab kita ada perancangan tapi macam kita sedia maklum yang Allah Maha Menentukan, jadi macam mana pun, tak apa saya reda," katanya kepada mStar. 

Lisa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor pada Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 34 tahun dalam industri, ini kali pertama Yusry rasa penangan viral

ARTIKEL BERKAITAN: Pelukan rindu sambut kepulangan ‘hajah’ Lisa Surihani, Yusry akui rumah tak sempurna tanpa isteri

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini berasa terharu apabila mengulas mengenai kenyataan Yusry yang meluahkan rasa sunyi sepanjang ketiadaannya di rumah.

Bagi Lisa, pengakuan itu merupakan satu pujian berharga yang sangat melegakan hati seorang isteri selepas pulang daripada perjalanan panjang.

"Insya-Allah, Tabarakallah. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. Alhamdulillah saya rasa sangat bersyukur. 

"Itu kata-kata yang orang kata melembutkan hati, yang memujuk hati. Sedap hati isteri bila dengar macam tu kan? Alhamdulillah," ujarnya. 

Yusry anggap rumahnya sepi tanpa Lisa. 

Ditanya mengenai perubahan fasa hidupnya selepas beberapa hari kembali ke tanah air, Lisa menyifatkan dirinya masih berada dalam proses pembelajaran untuk mengekalkan amalan haji mabrur.

"Ada beza ke tak eh? Itu yang kita harapkan menjadi lebih baiklah. Yang kita harapkan adalah kita dapat imarahkan manasik haji ke dalam kehidupan harian kita. 

"Mungkin terlalu awal untuk kata... ya oh ya hidup saya dah berubah kerana saya masih dalam perjalanan tersebut," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain