KUALITI barisan pengulas yang digunakan Unifi TV sepanjang liputan Piala Dunia 2026 menjadi perhatian peminat bola sepak apabila penonton meluahkan rasa kurang puas hati di media sosial.Mengulas perkara itu, Ketua Kandungan Bahasa Melayu Unifi TV, Emarina Kamal menegaskan bahawa penggunaan pengulas berkenaan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya seperti yang didakwa segelintir pihak. Sebaliknya, liputan Piala Dunia 2026 yang disiarkan merupakan hasil kerjasama penerbitan antara Unifi TV dan RTM. Unifi TV berkolaborasi dengan RTM siar World Cup 2026.“Bukan tangkap muat. Itu memang produksi RTM. Kami berkolaborasi dengan RTM,” katanya ringkas kepada mStar.Menurut beberapa pengguna Unifi TV, pengulas yang ditampilkan menerusi platform berbayar itu dilihat tidak banyak berbeza dengan mereka yang digunakan RTM menerusi siaran percuma. ARTIKEL BERKAITAN: RTM mohon maaf gangguan teknikal siaran langsung Piala Dunia 2026ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan UniFi Nikmati Kelajuan Dua Kali GandaMalah, ada yang berpendapat Unifi TV sepatutnya menawarkan kandungan eksklusif atau panel analisis yang lebih berbeza sebagai nilai tambah kepada pelanggan yang membayar yuran langganan.“Unifi ini platform berbayar, tetapi pengulas yang digunakan sama sahaja seperti saluran percuma,” dakwa seorang pengguna media sosial.Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Unifi TV atau RTM susulan dakwaan dan kritikan yang tular itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!