PENYANYI dan komposer, Ajai, berasa lega melihat perkembangan positif Mamat yang juga vokalis kumpulan Exists selepas menjalani rawatan dan program pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia.Menurut Ajai atau Mohd Faizal Maas, 51, perubahan ketara dapat dilihat pada semangat dan penampilan Mamat yang kini lebih ceria berbanding sebelum ini. “Sekarang Mamat memang dah bersemangat. Orang ramai pun boleh lihat daripada wajahnya yang ceria. Pengasih sangat membantu dia.Ajai dan Exists sentiasa sambut baik kedatangan Mamat.“Dia pun sentiasa menghormati abang-abang dalam kumpulan. Setiap kali dia ada masalah atau tidak, kehadirannya sentiasa disambut baik. Itulah yang dinamakan persaudaraan,” katanya kepada mStar.Berkongsi persiapan menjelang konsert Exists Memento Mori yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos depan, Ajai berkata Mamat sudah kembali aktif membuat persembahan dan menjalani sesi rakaman sebagai langkah membiasakan diri semula dengan suasana kerja.“Anggota Exists pun dah mula bawa dia ke beberapa persembahan kecil dan dia juga sudah kembali menjalani sesi rakaman.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ajai sokong Aisha Retno jadi juri Big Stage, puji bakat luar biasa sampai buat lagu untuk TokTiARTIKEL BERKAITAN: Tunggu masa sesuai, Ajai tak tolak kongsi pentas bersama Nourul Depp“Mamat pun ada rakaman baharu bersama Exists. Semua ini dilakukan untuk memastikan dia lebih selesa menjelang konsert nanti,” ujarnya.Dalam pada itu, Ajai mengakui jadual persiapan konsert yang padat menyebabkan dia dan anggota Exists hanya memperoleh waktu tidur kira-kira tiga jam sehari sejak beberapa bulan kebelakangan ini.Konsert Exists Memento Mori satukan anggota asal kumpulan Exists.Bagaimanapun, komitmen terhadap konsert berkenaan tetap menjadi keutamaan memandangkan sambutan peminat yang amat menggalakkan.“Tidur kami hanya sekitar tiga jam sehari sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Tapi itu dah jadi kebiasaan kerana masing-masing juga ada komitmen dan urusan sendiri.“Bila bercakap soal kerja, kami memang dah sediakan ruang dan masa khusus untuk konsert. Kalau siang bekerja, malam pula fokus kepada persiapan konsert,” kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!