suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MV Kesuma Siti Nurhaliza teruk dikecam

Hasil MV Kesuma menerima pelbagai reaksi peminat.

MUZIK video (MV) lagu Kesuma nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima pelbagai reaksi daripada peminat sejak ia ditayangkan di platform YouTube pada 18 Jun lalu.

Meskipun meraih pujian daripada sebahagian pengikut setianya, ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana beranggapan visual yang dipersembahkan tidak setanding dengan kekuatan lagu tersebut.

Malah, peminat yang mengikuti perjalanan seni Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, sejak sekian lama mengakui meletakkan harapan tinggi terhadap MV berkenaan namun merasakan hasilnya jauh tersasar daripada jangkaan.

Peminat mempunyai ekspektasi tinggi terhadap MV Kesuma.

"Selaku peminat sejak di sekolah Clifford dulu, MV terbaru Kesuma amatlah mengecewakan ya, sungguh ekspetasi kita tinggi menggunung tetapi hasil diberikan. 

"Padahal pakai pengarah yang sama untuk MV Temberang nyanyian Mimifly, mana silapnya?," tulisnya di Threads. 

Dalam pada itu,ramai berpandangan lagu Kesuma memiliki kelebihan tersendiri menerusi elemen koreografi yang dianggap mampu menjadi tarikan utama jika dimanfaatkan dengan baik dalam MV.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampaikan di kaunter pembayaran pun orang rakam... Siti Nurhaliza anggap peminat teruja, suka mengusik

ARTIKEL BERKAITAN: Video Siti Nurhaliza santuni peminat OKU tular, netizen sebak lihat momen cium

"Apa yang saya jangka daripada MV Kesuma nyanyian Biduanita Negara selama ini akhirnya tersasar. Kekuatan utama lagu ini sebenarnya terletak pada koreografinya, namun aspek itulah yang paling kurang dimanfaat secara visual. 

"Tak ada cabaran tarian, tak ada unsur jawa-jawa. Penceritaan itu tak perlu pun sebenarnya," tulis netizen. 

Sementara itu, ada juga yang menyifatkan Kesuma sebagai karya istimewa yang memiliki nilai keunikan tersendiri, malah setanding dengan lagu ikonik Siti seperti Nirmala dan Badarsila.

"Saya menaruh harapan besar terhadap MV Kesuma namun ia masih dalam kolam selesa jenama Siti Nurhaliza. Bukan sekadar mengulangi resipi sama MV Rencong, Kaca dan Permata mahupun Beraya Dengan Saya.

Siti baharu sahaja melancarkan MV Kesuma di YouTube.

"TokTi (panggilan Siti) dah terlalu selesa. Dia cuma perlu hidangkan yang 'biasa' dan peminat fanatik tetap akan tertarik kepadanya. Itulah kalau lagu lain aku boleh maafkan lagi, ini lagu Kesuma sebaris Nirmala dan Badarsila daripada segi keunikan dan kehebatan pembikanan lagu," tambah netizen.

Untuk info, lagu Kesuma merupakan hasil ciptaan komposer Aisha Retno dan RADi, manakala muzik videonya arahan Hafiz Rashid. 

Setakat artikel ini ditulis, MV Kesuma telah meraih hampir 100,000 tontonan di YouTube dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain