PENYANYI dan komposer Harith Zazman mengalami perubahan hidup secara drastik selepas bergelar suami dan bapa pada usia muda.Menurut Harith, 32, pelbagai perubahan perlu dilalui sehingga dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menghasilkan karya baharu bagi memberi tumpuan kepada keluarga. "Saya ingat dulu bila bercinta dan kemudian berkahwin, semua benda sudah selesai dan tak perlu fikir banyak perkara lagi. Rupanya selepas kahwin banyak sangat perkara berubah.Harith bahagia bersama isteri Nuramalina Ghakashah."Tapi bagi saya perubahan itu ke arah yang baik sebab kita mula ada banyak pandangan berbeza dan rasa nak ubah diri menjadi lebih baik untuk isteri, anak dan keluarga," katanya kepada mStar.Berkongsi perubahan kecil yang dilakukannya selepas berumah tangga, Harith berkata dia kini lebih mengambil berat soal kerja rumah termasuk melipat pakaian.Malah, dia turut terkejut apabila mendapati setiap individu mempunyai cara lipatan pakaian yang berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Harith Zazman bakal jadi bapa, umum isteri hamil tiga bulan dalam MV ‘Shut Up’ - “Ada babak mengandung… kena tengok betul-betul”ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Harith Zazman kini suami model MV ‘Cute’, tak ‘rushing’ fikir soal anak - “Nak enjoy dulu dengan status suami”"Sebelum ini saya ada juga lipat baju, tapi tak cantik. Lepas kahwin baru saya tahu rupanya lain orang, lain cara lipatannya."Ada 'mazhab' yang lipat pakaian lebih kecil supaya mudah disimpan. Jadi saya pun belajar dan cuba ikut cara itu," ujarnya.Dalam pada itu, Harith mengakui cabaran terbesar sebagai seorang suami dan bapa adalah membesarkan anak memandangkan dia tidak mempunyai pengalaman dalam perkara tersebut.Harith dan isteri mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun."Sejujurnya saya tak tahu macam mana nak besarkan anak. Sebab itu saya rasa perlu tinggalkan banyak perkara dan fokus kepada anak."Tapi saya tak melihatnya sebagai satu cabaran yang terlalu besar. Saya lebih menghargai perkara-perkara kecil yang berlaku setiap hari," katanya.Pada masa sama, Harith berkata pengalaman sebagai suami dan bapa turut menjadi pencetus idea kepada penghasilan lagu baharunya, Sempurna.Lagu sarat dengan emosi itu ditulis bersama Yonnyboii dan Justin Seow, yang dilancarkan bersempena sambutan Hari Bapa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!