PELAKON dan penerbit Zizan Nin terkilan dengan sikap bekas pekerja yang didakwa tidak profesional sehingga memburukkan namanya di media sosial, walaupun hubungan mereka sebelum ini berakhir secara baik.Menurut Zizan atau Azizan Nin, 53, segala-galanya bermula selepas sesi temu duga keluar (exit interview) pada hari terakhir individu berkenaan bertugas, yang sepatutnya menjadi ruang untuk penilaian dan penambahbaikan bersama. “Semasa exit interview saya cuma bercakap dari perspektif seorang majikan supaya dia berubah dan perbaiki kelemahan.“Saya bukan marah, saya cuma buat penilaian dan beri teguran. Kalau tak mampu buat kerja, kena jujur dari awal.“Pada hari itu kami saling bermaafan, salam dan berdamai. Jadi sepatutnya tak perlulah muat naik story macam itu," katanya kepada mStar.Mengulas lanjut, Zizan mendakwa individu berkenaan pada awalnya bersetuju dengan skop kerja yang diberi semasa temu duga, namun menunjukkan sikap tidak konsisten selepas mula bekerja.ARTIKEL BERKAITAN: “Kalian yang pergi masjid pakai kain pelikat, sarung seluar dalam ke tidak?” - Zizan Nin ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah mencecah 50 tahun, Zizan Nin banyakkan bersenam kerana kolesterol tinggi... Kini sibuk sebagai pengarahKatanya, keadaan menjadi lebih rumit apabila pekerja terbabit didakwa gagal menyiapkan tugasan dengan baik, melepaskan tanggungjawab kepada rakan sekerja serta membawa isu peribadi ke tempat kerja.Tambahnya, tempoh percubaan individu itu juga tidak sempat diselesaikan sepenuhnya sebelum memilih untuk berhenti kerana tidak mampu menampung tekanan kerja.“Masa temuduga, semua boleh. Bila dah masuk kerja dia buat kerja tak ikhlas, dia tolak pada orang lain dan beremosi.Zizan seronok berkerja dengan Gen Z.“Bila tak boleh buat, dia sendiri stres dan cakap ada masalah anxiety (gangguan kebimbangan), masalah keluarga dan sebagainya. Selalu dengar Gen Z bermasalah tapi yang buat perangai ini umur dah 45, 46 tahun,” kongsinya.Dalam masa sama, Zizan menegaskan dia tidak serik untuk mengambil pekerja daripada mana-mana generasi, namun menasihatkan pencari kerja agar lebih jujur mengenai kemampuan diri sejak awal.Selain turut menegaskan bahawa isu ketidakjujuran dalam pekerjaan bukan sahaja menjejaskan majikan, malah boleh menutup peluang kepada calon lain yang benar-benar memerlukan pekerjaan.“Jangan tipu kemampuan diri. Kalau tak boleh buat, cakap awal-awal. Jangan bila dah kerja baru merungut,” luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!