PENYANYI Aisha Retno tampil menegur segelintir pihak yang sengaja membuat perbandingan tentang perjalanan kerjaya seninya dengan rakan-rakan artis lain.Bagi Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, tindakan seperti itu dilihat seperti berniat untuk menjatuhkan reputasi seseorang. "Saya bercakap secara spesifik tentang bagaimana orang membandingkan saya, Elica (Paujin) dan Danial Chuer.Aisha membalas komen di Threads. "Saya tidak suka cubaan menjatuhkan mereka apabila membuat perbandingan dengan apa yang saya lakukan sekarang. Kita patut saling menyokong antara satu sama lain. Rezeki Elica dan Danial ada di mana-mana juga," katanya.Aisha menulis perkara itu selepas dia memuat naik satu hantaran mengharapkan pengikut di media sosial tidak membuat perbandingan melibatkan dirinya.Dalam masa sama, penyanyi itu secara terbuka menegur seorang pengguna media sosial yang didakwa sering menyebarkan perkara negatif.ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X Rocketfuel ARTIKEL BERKAITAN: [V] Threads bukan platform toksik, Aisha Retno selesa jadi diri sendiri… Siap dapat gelaran ‘Ratu Kacip’"Saya selalu nampak awak di Threads membenci saya. Hentikan perkara negatif ini dan berhenti menjadi pendengki. Tolong sokong rakan selebriti saya. Bersihkan hati dan pergi solat," ujarnya.Isu tersebut mula timbul selepas tular beberapa hantaran yang membandingkan perjalanan kerjaya Aisha dan Elica selepas mereka sama-sama terlibat dalam program Big Stage 2022.Aisha tidak setuju dengan kenyataan yang menuduh peminatnya menyebarkan berita buruk. Aisha juga secara tegas menempelak seorang lagi pengguna media sosial yang sengaja menuduh kelab peminatnya menjadi dalang dalam menyebarkan cerita buruk tentang Elica."Mereka itu bukan peminat saya. Peminat saya bukan begitu," tegasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!