suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konsert Kelate Ke KL 2026 peluang penyanyi wanita Kelantan beraksi di pentas besar

Konsert Kelate Ke KL 2026 bakal berlangsung pada 29 Ogos ini.

PRESIDEN Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid, mahu memberi lebih banyak ruang kepada penyanyi wanita berasal dari Kelantan membuat persembahan di pentas besar, sekali gus memperkenalkan bakat mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Menurut Ayob yang juga penerbit Konsert Kelate Ke KL 2026, peluang untuk penyanyi wanita mengadakan persembahan di negeri sendiri agak terhad. 

Katanya, perihal itu sekali gus menyukarkan mereka menyerlah dalam industri hiburan.

“Kita jarang dapat membawa artis wanita membuat persembahan di Kelantan. Penyanyi wanita dari Kelantan sendiri pun tidak dapat membuat persembahan di negeri sendiri.

Ayob membuka peluang untuk penyanyi wanita asal Kelantan menonjolkan bakat.

“Jadi, saya rasa perlu membawa mereka keluar untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur, bukan sahaja untuk masyarakat Kelantan, tetapi rakyat Malaysia secara amnya.

“Alhamdulillah, mereka memberikan respons baik kerana percaya bakat mereka perlu dikembangkan ke luar Kelantan,” katanya kepada media. 

Ayob berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 yang diadakan di Hotel St. Giles, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Dalam pada itu, Ayob berkata sambutan masyarakat terhadap penyanyi dari Kelantan semakin memberangsangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam nafi orang Kelantan berpuak, jawab dakwaan hanya berkawan dengan sama negeri sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin abai kecaman, hidup lebih tenang

Tambahnya, ia sekali gus membuktikan bakat mereka kini semakin mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.

“Hari ini kita boleh lihat, mereka sudah mula menerima jemputan daripada penganjur dan menjelajah ke seluruh Malaysia. 

“Persembahan mereka di pusat beli-belah Angsana, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga sesak,” ujarnya.

Sementara itu, salah seorang penyanyi yang bakal menjayakan konsert berkenaan, Adik Waniey meluahkan rasa syukur dan terharu apabila diberi peluang membuat persembahan di ibu negara.

Katanya, peluang itu disifatkan sebagai satu langkah penting dalam mengembangkan kerjaya seni.

Dari kiri: Fendi, Man, Eda, Adik Waniey, Rosalinda, Den dan Aris bakal menghiburkan peminat di Zepp Kuala Lumpur.

“Saya rasa bangga kerana dapat membuat persembahan di Kuala Lumpur. Di Kelantan memang agak sukar untuk ‘mencari makan’ melalui bidang nyanyian.

“Saya juga rasa berdebar. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi peluang kepada saya untuk membuat persembahan pada 29 Ogos nanti,” katanya.

Selain Adik Waniey, Konsert Kelate Ke KL 2026 membariskan penyanyi popular dari Kelantan seperti Eda Ezrin, Den Manjo, Rosalinda, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla. 

Konsert yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu dijadualkan pada 29 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain